Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

G20 lantik SM Tharman pengerusi bersama panel baru bincang isu pandemik

Jan 29, 2021 | 05:30 AM



PARA anggota kumpulan G20 telah melantik Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam sebagai pengerusi bersama panel baru tertubuh, Panel Bebas Peringkat Tinggi mengenai pembiayaan sumber global bagi kesediaan pandemik dan respons.



Bersama dengan mantan setiausaha perbendaharaan Amerika Syarikat, Lawrence Summers dan mantan menteri kewangan dan luar Nigeria, Ngozi Okonjo-Iweala, mereka akan mengetuai perbincangan untuk membiayai sumber global bagi satu pandemik.



Panel itu yang ditubuhkan semasa mesyuarat Timbalan Bank Pusat dan Kewangan G20 yang pertama, akan membantu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menilai jurang dalam kesediaan pandemik dan merangsang kesediaan global serta respons.



Anggota panel akan juga bekerjasama dengan pihak kesihatan global yang relevan termasuk Panel Bebas bagi Kesediaan Pandemik dan Respons yang dibentuk WHO untuk memanfaatkan sumber dari pelbagai sektor bagi membiayai sumber global, menurut kenyataannya.



Menulis di Twitter kelmarin, Encik Tharman melahirkan rasa besar hati dengan pelantikan tersebut.



"Kita boleh dan harus membangunkan huraian praktikal bagi pembiayaan lebih baik untuk sumber global dan menyegarkan semula kerjasama tiga pihak.



"Kewangan bukanlah huraian keseluruhan, tetapi ia boleh membawa kepada dunia lebih selamat," kata beliau.



Menurut kenyataan lagi, panel itu akan menyediakan laporan dalamannya kepada Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat G20 dalam mesyuarat pada April nanti, sebelum membentangkan saranan mereka semasa mesyuarat pada Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >