Gabungan dibincangkan dan ditentukan bersama, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

PARLIMEN: PENGGABUNGAN KOLEJ YALE-NUS DENGAN PROGRAM SARJANA UNIVERSITI

Gabungan dibincangkan dan ditentukan bersama

Chun Sing: Penggabungan lebih kepada sebahagian daripada rancangan NUS untuk menerapkan pembelajaran antara bidang
Sep 14, 2021 | 05:30 AM

KEPUTUSAN untuk mengumumkan penggabungan Kolej Yale-NUS (YNC) dengan Program Sarjana Universiti (USP) secepat mungkin telah dibincangkan dan ditentukan bersama oleh Universiti Yale dan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Menjelaskan demikian di Parlimen semalam, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata NUS memulakan perbincangan dengan Yale awal Julai lalu dan Yale mengenal pasti wawasan NUS untuk menggabungkan kededua YNC dan USP menjadi satu kolej baru, yang tidak akan mengandungi nama Yale.

Pihak kepimpinan Yale-NUS dimaklumkan pada bulan yang sama. Lembaga pengamanah NUS menyokong keputusan itu awal bulan lalu manakala lembaga mentadbir Yale-NUS menyokong pelan peralihan lewat bulan yang sama.

Encik Chan berkata pengumuman itu telah dirancangkan pada bulan lalu selepas lembaga mentadbir Yale-NUS "menimbangkan dan menyokong" pendekatan peralihan tersebut.

Ini, menurut beliau, memberikan masa maksimum kepada fakulti dan kakitangan untuk mengusahakan butiran peralihan tersebut.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Sementara kerjasama itu akan berakhir pada 2025, kededua pihak berasa dengan mengumumkannya lebih awal merupakan satu tindakan yang bertanggungjawab.

"Ia adalah mengelirukan untuk menangguhkan pengumuman dan terus mengambil pelajar yang tidak boleh menamatkan pengajian di YNC atau terus menggajikan fakulti menjangkaui masa sekarang," ujarnya.

Encik Chan berkata demikian bagi menjawab soalan para Anggota Parlimen (AP) berhubung penggabungan itu yang diumumkan pada 27 Ogos.

Langkah itu telah mencetuskan kritikan pelajar dan ibu bapa, termasuk dalam hal berkaitan masa pengumumannya, sekitar dua minggu selepas tahun akademik bermula.

Tentang mengapa pelajar yang ada sekarang dan kakitangan tidak didapatkan pandangan mereka, Encik Chan berkata:

"NUS tidak berbuat demikian kerana keputusan ini melibatkan perbincangan di antara kepimpinan kanan kededua universiti, lembaga masing-masing mengenai isu sensitif seperti strategi dan kewangan."

Dalam jawapannya juga, Encik Chan berkata beliau faham perasaan sedih, kehilangan dan ketidaktentuan yang dirasakan, khususnya mereka yang memainkan peranan dalam membina YNC sejak sedekad lalu.

Beliau juga meyakinkan para pelajar, ibu bapa dan alumni bahawa kaliber ijazah Yale-NUS tidak akan terjejas walaupun setelah kerjasama itu berakhir pada 2025.

"Menjangkaui 2025, NUS akan terus menyediakan dokumen yang menyokong bagi menjelaskan konteks YNC dan menyediakan surat rekomendasi atau rujukan, jika almuni perlukan," tambah Encik Chan.

Sementara itu, Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio) telah bertanya jika Kementerian Pendidikan (MOE) akan memberi bantuan kepada pelajar yang sudah mendaftar pada 2022, dan sudah melepaskan tawaran belajar di universiti lain dan kini mahu menukar pusat pengajian.

Encik Chan berkata NUS akan membantu mereka yang mahu membuat rancangan alternatif disebabkan oleh penggabungan itu.

Dalam pada itu, beliau juga menekankan bahawa meskipun kos tinggi Yale-NUS adalah antara sebab di sebalik penggabungan itu, namun ia bukanlah motivasi utama.

Sebaliknya, penggabungan itu adalah lebih kepada sebahagian daripada rancangan NUS untuk menerapkan pembelajaran antara bidang, kata Encik Chan.

Ini selepas pembentukan Kolej Ilmu Kemanusiaan dan Sains hasil gabungan fakulti sastera dan sians dan Kolej Rekaan dan Kejuruteraan yang akan menggabungkan Sekolah Rekaan dan Sekitaran serta Fakulti Kejuruteraan.

Kolej Ilmu Kemanusiaan dan Sains diwujudkan pada Disember 2020 manakala Kolej Rekaan dan Kejuruteraan diumumkan pada masa sama penggabungan Yale-NUS diumumkan pada 27 Ogos.

Jelas Encik Chan, kos mendidik seorang pelajar di Yale-NUS adalah lebih seganda daripada pelajar ilmu kemanusiaan atau sains NUS.

Kededua yuran tuisyen dan pendanaan pemerintah bagi kolej itu adalah lebih seganda.

"Tetapi kami terima ini kerana kami melihat nilai dalam mempunyai kolej seni liberal dalam sistem pengajian tinggi kami," terang beliau.

Menurut Encik Chan, kolej itu telah melakukan yang terbaik dalam mengumpul dana, namun gagal mencapai sasarannya sebanyak $300 juta, atas bukan kesalahan mereka.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map