RAPAT HARI KEBANGSAAN
Gabungan tiga badan Melayu/Islam, M³, akan perkukuh kegiatan
Aug 20, 2018 | 05:30 AM
INISIATIF menyatukan tiga badan Melayu/Islam di bawah satu bumbung adalah langkah penting yang dapat memperkukuh kerjasama dalam meningkat pencapaian masyarakat.
Demikian kata pemimpin ketiga-tiga badan itu, - Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki dan Jawatankuasa Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - M kuasa Tiga, atau M³.