Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Gabungan Uber-Grab mungkin langgar akta saingan: Badan pengawas

Setempat
27
0

Gabungan Uber-Grab mungkin langgar akta saingan: Badan pengawas

Suruhanjaya saran langkah sementara kekalkan saingan
Mar 31, 2018 | 05:30 AM

SURUHANJAYA Persaingan Singapura (CCS) mempunyai sebab-sebab kukuh mengesyaki urus niaga antara syarikat khidmat kereta sewa privet Grab dengan firma Amerika Syarikat, Uber, telah melanggar Akta Persaingan.

Ia juga telah menyarankan supaya beberapa langkah sementara dikenakan ke atas Uber dan Grab bagi mengekalkan persaingan pasaran, sedang ia menyiasat tentang pemerolehan Grab ke atas perniagaan Uber di Asia Tenggara, menurut kenyataaan CCS semalam.

Ini merupakan kali pertama CCS, sebuah badan berkanun, menyarankan arahan langkah sementara itu. CCS memulakan siasatan pada 27 Mac lalu, sehari selepas kededuanya mengumumkan urus niaga itu.

Badan pengawas itu mengusulkan langkah-langkah yang memerlukan dua syarikat itu mengekalkan usaha menetapkan harga secara bebas, dasar meletak harga dan pilihan produk, sama seperti sebelum dijual.

Awal dari ini, Grab semasa mengumumkan pembelian itu, UberFlash - aplikasi harga dinamik yang dilancarkan Uber dengan syarikat teksi gergasi ComfortDelGro pada Januari - akan berakhir pada 8 April.

Aplikasi UberEats pula diteruskan sehingga akhir Mei.

CCS mengesyaki sebahagian daripada Akta Persaingan dilanggar kerana pemerolehan itu akan "mengurangkan persaingan berkaitan dengan pasaran khidmat tempahan dan pengangkutan penumpang peribadi yang dipandu dari satu tempat ke tempat (khidmat CPPT) di Singapura".

Di bawah akta itu, CCS mempunyai kuasa mengeluarkan arahan sementara bagi penggabungan yang tidak dimaklumkan dan sedang dalam siasatan.

Kededua syarikat tidak harus mengambil tindakan yang akan menyebabkan penyatuan perniagaannya di sini dan menjejas penakatan serta kemungkinannya dijual dengan mudah, ujar CCS. Ia juga tidak boleh mendapatkan maklumat rahsia satu sama lain, termasuk harga, formula, pelanggan dan pemandu.

Grab harus memastikan pemandu Uber yang menyertai wadah Grab secara suka rela tidak dikenakan sebarang klausa eksklusif, tempoh terikat dan/atau yuran pembatalan.

Tambah CCS, Grab dan Uber akan diberi peluang membuat perwakilan bertulis selepas menerima saranan arahan langkah sementara itu.

Sekiranya suruhanjaya mendapati penggabungan itu menyebabkan persaingan berkurangan, ia mempunyai kuasa untuk mengubah suai atau menamatkan penggabungan itu.

"Jika arahan itu dikeluarkan, ia akan dilaksanakan dengan segera daripada tarikh ia dikeluarkan sehingga siasatan CCS selesai atau dimaklumkan sebaliknya oleh CCS," tambah kenyataan itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3