Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gadis catat sejarah jadi wanita Cina SG pertama buat persembahan bharatanatyam

Feb 08, 2021 | 05:30 AM



SEMASA berada di menengah 1, Soo Mei Fei dan rakan-rakannya ternampak sehelai poster di luar kelas Maktab Rendah Kebangsaan yang menyatakan 'Percubaan Tarian India'.



"Saya dan 15 kawan saya memutuskan untuk menurut serta kerana kami melihatnya seperti tarian Bollywood," ujarnya.



Malangnya, tarian Bollywood tersebut sebenarnya merujuk kepada tarian klasikal India. Akan tetapi, Cik Soo tetap tidak berputus asa.



Pada Selasa lepas, gadis berusia 23 tahun itu mencipta sejarah menjadi wanita Singapura berbangsa Cina pertama membuat persembahan bharatanatyam di atas pentas.



Penari veteran serta koreografer mapan Singapura, V. Balakrishnan, salah seorang penonton yang menyaksikan persembahan di Goodman Arts Centre Black Box itu, mengatakan: "Persembahan tersebut bukanlah sebuah persembahan oleh seorang amatur, akan tetapi ia menyerupai persembahan seorang profesional.



"Tidak ada kata-kata yang mampu saya gambarkan untuk persembahan Mei Fei itu. Beliau mempunyai masa hadapan yang cerah."



Pentas pertama (arangetram) Cik Soo semestinya terdiri daripada himpunan tarian yang mencabar seperti shabdam, varnam, padam, javali dan thillana. Tarian-tarian tersebut merupakan elemen utama dalam tarian bharatanatyam.



Akan tetapi, perkara yang lebih mencabar baginya adalah menunjukkan persembahan berupa kecintaan kepada tuhan kerana tema mereka adalah 'Mohamana: The Love Within (Kehangatan Cinta)'.



"Saya berasa amat ghairah sebelum menaiki pentas walaupun dengan persiapan yang mencukupi ," ujar Cik Soo pada tabla.



"Tidak kira sama ada anda Cina atau India, arangetram merupakan persembaham gah seorang penari dan anda akan berasa ghairah untuk lakukan yang terbaik."



"Saya mahu berikan yang terbaik bagi persembahan tersebut dan saya juga ingin rasa seronok serta berpuas hati dengan persembahan saya.



"Tarian adalah untuk semua dan saya ingin lakukan yang terbaik agar semua yang menonton akan rasa terhibur dengan persembahan itu."



Kemahiran Cik Soo dalam tarian bharatanatyam dikatakan mampu menandingi Richard Tan, penari Singapura terkenal di sekolah tarian Chennai, Kalakshetra pada tahun 1960, juga pembantu direktor seni dan budaya Temasek Politeknik, Sonni Lim pada 1990.



Guru Cik Soo, Mohanapriyan Thavarajah, penari utama yang juga koreografer residen di Apsaras Arts berkata: "Mei Fei menunjukkan minat yang mendalam akan seni bharatanatyam hingga ianya menjadi rumit bagi saya untuk mengajarnya atas keghairahan beliau."



"Asal-usul beliau langsung tidak menjadi isu. Bahkan yang diperlukan hanyalah tubuh badan fizikal yang sihat serta minat mendalam terhadap seni ini untuk memahami teknik yang diajar."



Cik Soo, yang menyertai Apsaras pada 2015, menjalani latihan di bawah bimbingan Encik Mohanapriyan selama empat tahun.



Beliau diajar asas-asas tarian oleh Cik Vijaya Nadesan, pengetua akademi tersebut, juga mendiang Cik Neila Sathyalingam, salah seorang pengasas Apsaras.



"Satu hari, semasa berada dalam kereta bersama Vijaya, saya bertanya kepada beliau sama ada saya boleh belajar menari di Apsaras," ujar Cik Soo.



"Saya rasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk belajar bharatanatyam. Ia suatu seni yang cantik.



"Sejak menceburi tarian ini, ia bukanlah suatu pelayaran yang lancar bagi saya, namun ia amat bermakna buat saya. Saya mahu berlatih dengan lebih gigih lagi."




"Tidak kira sama ada anda Cina atau India, arangetram merupakan persembaham gah seorang penari dan anda akan berasa ghairah untuk lakukan yang terbaik...

"Tarian adalah untuk semua dan saya ingin lakukan yang terbaik agar semua yang menonton akan rasa terhibur dengan persembahan itu."

- Cik Soo Mei Fei, yang menyertai Apsaras Arts pada 2015.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >