Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Gagal ambil penumpang dek “cuaca terlalu panas”

Aug 06, 2019 | 05:42 PM

GOJEK sedang menyiasat kejadian melibatkan seorang pemandunya yang gagal untuk mengambil penumpang pasangan warga tua selepas memberitahu mereka bahawa “cuaca terlalu panas”.

Menurut laman web kewartawanan warga Stomp, pasangan itu telah memesan kereta melalui aplikasi Gojek dari pejabat mereka di Citilink Warehouse Complez di Pasir Panjang untuk ke rumah mereka di Seletar pada Sabtu petang lalu (3 Ogos).

Pada 3.08 petang, pemandu itu mengirimkan mesej kepada mereka dan berkata dia sedang berehat di Alexandra Retail Centre sebab ia “terlalu panas”.

Pasangan itu bertanya kepadanya apa maksud mesej itu namun dia tidak membalas selanjutnya. 

“Mereka cuba hubungi pemandu itu tapi dia tetap tidak dapat dihubungi sepanjang tempoh tersebut,” kata Justin, rakan kepada pasangan itu, yang juga memaklumkan kejadian tersebut kepada Stomp. 

Berita Popular

“Paling teruk, pemandu itu tidak peduli untuk batalkan pesanan dan pasangan tua yang miskin ini terpaksa membatalkannya sendiri supaya mereka dapat pesan kereta yang lain.”

 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map