Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gagal pastikan keselamatan pembantu rumah semasa cuci tingkap: 60 orang dikena tindakan

Apr 09, 2021 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa di sini telah mengambil tindakan terhadap 60 orang antara 2016 dengan 2020 kerana gagal menyediakan keadaan bekerja yang selamat bagi pembantu rumah mereka semasa mencuci tingkap.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata mereka yang terlibat termasuk majikan dan anggota isi rumah mereka.



Menambah, MOM berkata tindakan yang diambil adalah mengenakan denda kompaun atau mendakwa individu yang terlibat di mahkamah, bergantung pada tahap keseriusan kes.



MOM berkata demikian berhubung kes melibatkan pembantu rumah dari Indonesia yang meninggal dunia di hospital selepas ditemui terbaring di tingkat satu blok HDB berhampiran MRT Hougang pada 29 Mac.



Polis berkata ia menerima panggilan kecemasan di Blok 464 Upper Serangoon Road sekitar 4.53 petang.



Wanita berusia 26 tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) oleh anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan meninggal dunia di sana.



Beliau difahami terjatuh semasa mencuci tingkap.



MOM berkata ia sedang menyiasat insiden tersebut.



"MOM melahirkan takziah kepada keluarga wanita yang meninggal dunia itu. Pusat Pekerja Domestik sedang berhubungan dengan anggota keluarga dan majikannya untuk memberikan bantuan," kata jurucakap MOM semalam.



Kementerian itu berkata ia menganggap serius majikan yang gagal menyediakan keadaan bekerja selamat bagi pembantu rumah migran (MDW).



"Kami mendidik kededua majikan dan MDW dan telah menetapkan keadaan selamat yang perlu diwujudkan untuk mencuci tingkap di tingkat tinggi," katanya.



Kumpulan yang menyokong hak pembantu rumah berkata kededua pembantu rumah dan majikan boleh berusaha lebih gigih untuk memastikan pembantu rumah tidak berdepan dengan keadaan berbahaya ketika menjalankan tugas.



Ini walaupun ada beberapa langkah yang telah diambil untuk mencegah keadaan tersebut.



Pekerja kes Jaya Anil Kumar dari Pertubuhan Kemanusiaan bagi Ekonomi Penghijrahan (Home) berkata bilangan kes yang dilaporkan melibatkan pembantu rumah yang jatuh semasa mencuci tingkap telah berkurangan sejak perbuatan sedemikian secara bahaya dilarang menerusi Akta Menggajikan Tenaga Manusia Asing.



Namun beliau berkata insiden seperti itu seharusnya tidak berlaku lagi.



"Pembantu rumah harus diberikan sekitaran yang selamat untuk bekerja dan mereka tidak seharusnya menjalankan sebarang tugas yang mengancam keselamatan dan kehidupan mereka," kata beliau.



Pengarah eksekutif di Pusat Pekerja Domestik Encik Shamsul Kamar berkata:



"Kami yakin pekerja domestik telah diberitahu secara memadai bagaimana untuk bekerja secara selamat semasa menjalani program menyesuaikan diri yang diwajibkan.



"Kami menggalakkan mereka untuk bersuara dan memberitahu majikan mereka jika mereka tidak dapat menjalankan tugas membersihkan isi rumah jika ia harus dijalankan dalam keadaan yang kurang selamat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >