Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Gagal sampai ke puncak namun tetap bersemangat

Dec 15, 2019 | 04:42 PM

USAHA peserta Climbathon Dana Amanah Pendidikan (ETF) mendaki ke puncak Kem Pangkalan Annapurna (ABC) di Nepal terhambat dek salji yang turun dengan banyak.

Menurut laman Facebook Yayasan Mendaki, delegasi yang merangkumi lebih 50 peserta itu menuju ke Chhomrong hari ini (15 Disember), di mana suhunya lebih tinggi.

Mereka turut mendapat surat daripada keluarga mereka yang diisi dengan pelbagai kata semangat.

Menurut Mendaki, ABC ditutup kepada semua pendaki disebabkan salji tebal yang tiba lebih awal dari yang dijangka.

Oleh itu, mereka terpaksa patah balik.

Namun menurut Mendaki, kesemua peserta selamat dan akan kembali ke Kathmandu.

“Mereka tidak berjaya mendaki ke punca tetapi usaha mereka amat mengagumkan, mendaki sehingga 3,200 meter,” ujar Mendaki.

Climbathon merupakan antara usaha mengumpul dana bagi ETF yang bertujuan meningkatkan pendidikan lebih 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Orang ramai boleh terus menyokong usaha ini menerusi laman web www.giving.sg/yayasan-mendaki/climbathon19.

 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian