Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gagal turunkan artikel palsu: Laman web Singapore Herald disekat

Dec 18, 2018 | 05:30 AM



LAMAN web Singapore Herald disekat selepas gagal menurunkan artikel yang dianggap tidak menyenangkan atas dasar kepentingan awam.



Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sebelum ini mengeluarkan notis kepada laman web tersebut untuk menurunkan lapan artikel yang secara terang-terangan memberi gambaran salah tentang kedudukan Singapura berhubung dalam situasi dengan kerajaan Malaysia sekarang.



Artikel yang diterbitkan antara 6 dengan 12 Disember itu termasuk 'Menteri Khaw Boon Wan mengancam Malaysia dengan angkatan bersenjata berhubung Selat Johor' dan 'Menteri Undang-Undang K Shanmugam tikam dari belakang: Malaysia akan bertanggungjawab ke atas situasi yang tidak diduga'.



Menerusi satu kenyataan Sabtu lalu, IMDA berkata kenyataan palsu sedemikian, khususnya yang mengandungi kata-kata emosi seperti 'mengancam' dan 'memprovokasi', boleh mengapi-apikan rasa marah terhadap Singapura.



"Ini juga boleh menjejas usaha kedua-dua pihak untuk menyelesaikan situasi ini dengan aman," kata IMDA.



Tambahnya, artikel yang diterbitkan itu didapati tidak menyenangkan atas dasar kepentingan awam dan merupakan bahan yang terlarang di bawah Tata Amalan Internet.



Singapore Herald diberi masa sehingga 4 petang pada 14 Disember untuk menurunkan artikel berkenaan, lapor akhbar The Straits Times.



"Oleh kerana Editor Singapore Herald enggan menurunkan artikel tersebut sehingga waktu yang ditetapkan, IMDA telah mengarahkan penyedia khidmat Internet (ISP) untuk menyekat laman webnya," kata IMDA.



Menurut notis IMDA kepada Singapore Herald Jumaat lalu, gambaran salah yang tampil menerusi artikel yang diterbitkan di laman web itu adalah serius dan salah.



Artikel itu tidak mencerminkan kedudukan Singapura bahawa negara ini akan berusaha meredakan ketegangan itu dengan aman.



Sebaliknya, ia menyatakan bahawa Singapura bersifat tegas mengancam untuk menggunakan angkatan bersenjata terhadap Malaysia dan "menjadikan Selat Johor satu medan peperangan".



IMDA berkata artikel yang diterbitkan itu juga salah memetik kenyataan oleh menteri Singapura.



Sebagai contoh, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata warga kekal bersatu.



Namun, kenyataan itu diputarbelit dalam artikel yang diterbitkan di Singapore Herald, dengan tajuk 'Menteri Masagos Zulkifli: Warga Singapura bersatu terhadap Malaysia'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >