Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji jururawat, karyawan kesihatan naik mulai Julai

12 poliklinik baru - termasuk di Tengah dan Bidadari - akan dibina: Gan Kim Yong
Mar 06, 2021 | 05:30 AM



JURURAWAT dalam sektor penjagaan kesihatan awam boleh menjangkakan kenaikan gaji antara 5 dengan 14 peratus, secara bertahap sepanjang dua tahun akan datang.



Karyawan kesihatan bersekutu, ahli farmasi serta kakitangan pentadbiran dan sokongan, termasuk kakitangan penjagaan sokongan, dalam sektor penjagaan kesihatan awam boleh menjangkakan kenaikan gaji antara 3 dengan 7 peratus tahun ini.



Ini diumumkan di perbahasan Belanjawan Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Sementara itu, pemerintah juga akan meningkatkan sokongan dana bagi pertubuhan penjagaan masyarakat yang dibiayai awam untuk memastikan gaji kakitangan mereka kekal berdaya saing.



Kenaikan gaji bagi kedua-dua sektor itu akan dilaksana mulai Julai.



Berucap di Parlimen, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata kakitangan penjagaan kesihatan berada di tengah-tengah usaha transformasi penjagaan kesihatan di Singapura.



Malah, tambahnya, mereka akan terus memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan Singapura pada masa akan datang, seperti mana mereka berkhidmat di barisan depan dalam usaha negara ini memerangi Covid-19.



"Kita bertuah mempunyai pasukan yang berdedikasi, terdorong dan profesional.



"Mereka merupakan sumber yang amat berharga dan kita akan terus memastikan kemajuan kerjaya lebih baik, lebih banyak peluang latihan dan pengiktirafan lebih besar bagi tugas dan risiko yang mereka hadapi," ujarnya.



Memberi maklumat terkini tentang program vaksinasi Singapura pula, Encik Gan berkata lebih 350,000 penduduk Singapura, termasuk 80 peratus pekerja penjagaan kesihatan, telah mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 manakala 215,000 penduduk pula telah mendapatkan dos kedua hingga kelmarin.



Lebih 40,000 warga emas yang berusia 70 tahun dan ke atas juga telah mendapatkan dos pertama mereka.



Tambahnya, vaksin Covid-19 itu akan mula ditawarkan kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas tidak lama lagi.



Sedang Singapura terus memerangi Covid-19, Encik Gan menarik perhatian perlunya usaha memberi tumpuan pada isu jangka panjang termasuk memastikan penjagaan lebih baik, memastikan kos penjagaan kekal dimampui dan berdaya tahan serta membantu warga Singapura kekal sihat.



Sebagai sebahagian usaha mengukuhkan penjagaan asas, Encik Gan berkata 12 poliklinik baru - termasuk di Tengah dan Bidadari - akan dibina dan orang ramai boleh menjangkakan 32 poliklinik di serata negara menjelang 2030.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan) Koh Poh Koon turut mengumumkan bahawa pemerintah akan menggunakan pendapatan per kapita isi rumah sebagai kriteria untuk menentukan subsidi di hospital akut berbanding pendapatan individu sekarang.



Ini bagi mencerminkan keadaan kemampuan pesakit itu dengan lebih baik.



"Bersama, semua dasar dan langkah kita bertujuan menjaga kesihatan setiap warga Singapura, bermula dari saat mereka lahir dan sepanjang kehidupan mereka, memastikan mereka kekal sihat... seberapa lama mungkin," ujar Dr Koh.



Sementara itu, Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli Masagos Mohamad antara lain turut mengumumkan Strategi Kesihatan dan Kesejahteraan Kanak-Kanak dan Ibu untuk menyokong kanak-kanak dan keluarga mereka dengan lebih baik.



Setiausaha Parlimen (Kesihatan) Rahayu Mahzam pula mengumumkan beliau akan menerajui satu kumpulan kerja baru untuk mengukuhkan usaha kesihatan masyarakat Melayu sebagai sebahagian pendekatan khusus pemerintah meningkatkan kesihatan masyarakat etnik minoriti di sini.




"Kita bertuah mempunyai pasukan yang berdedikasi, terdorong dan profesional. Mereka merupakan sumber yang amat berharga dan kita akan terus memastikan kemajuan kerjaya lebih baik, lebih banyak peluang latihan dan pengiktirafan lebih besar bagi tugas dan risiko yang mereka hadapi."
- Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong.




SEKILAS BELANJAWAN KEMENTERIAN KESIHATAN



  • Naikkan gaji jururawat dan karyawan penjagaan kesihatan

  • 12 poliklinik baru termasuk di Tengah dan Bidadari

  • Subsidi di hospital akan guna pendapatan per kapita sebagai kriteria

  • Lebih sokongan untuk kesihatan kanak-kanak dan kaum ibu

  • Kumpulan kerja baru untuk kukuhkan usaha kesihatan bagi masyarakat Melayu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >