BAGI sesetengah warga Singapura, tambahan gaji antara $50 dengan $65 sebulan tidak seberapa dan mudah dihabiskan dalam kurang sehari.
Namun, bagi pekerja bergaji rendah seperti Cik Rabiah Mohd Amin, 68 tahun, wang itu boleh membantunya dengan perbelanjaan harian dan simpanan meniti usia senja apabila tidak bekerja lagi.