Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji lebih tinggi bagi pekerja penyenggaraan landskap

Nov 30, 2018 | 03:26 PM



PEKERJA penyenggaraan landskap akan menyaksikan kenaikan gaji $350 secara keseluruhannya dari 2020 hingga 2022.



Mulai Julai 2020, tahap gaji asas Model Gaji Progresif (PWM) bagi pekerja industri landskap itu akan meningkat sebanyak $150, diikuti dengan kenaikan gaji $100 pada Julai 2021 dan Julai 2022.



Misalnya, pekerja landskap yang membawa pulang $1,300 kini akan menyaksikan gajinya naik kepada $1,450 pada 2020 dan $1,550 pada 2021 dan $1,650 pada 2022.



Mulai 2023 hingga 2025 pula, kenaikan gaji tahunan minimum 3 peratus bagi tahap gaji asas PWM akan dilaksanakan, namun ini tertakluk pada semakan.



Di samping itu, majikan juga diwajibkan membayar bonus tahunan sekurang-kurangnya dua minggu daripada gaji asas bulanan mulai 2020.



Bonus itu harus dibayar kepada pekerja penyenggaraan landskap rakyat Singapura dan penduduk tetap yang bekerja dengan majikan yang sama bagi sekurang-kurangnya 12 bulan.



Semakan gaji PWM itu diumumkan di sidang media oleh Kelompok Tiga Pihak bagi Industri Landskap (TCL) di One Marina Boulevard tadi (Jumaat, 30 Nov).



Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Zainal Sapari, yang juga pengerusi TCL, berkata jangka masa bagi pelaksanaan gaji yang dipersetujui itu ditentukan menyusuli perbincangan bersama pihak berkepentingan industri penting.



Ini bagi memberi mereka masa yang mencukupi untuk membuat penyesuaian.



"Mulai sekarang hingga 2020, TCL menggalak syarikat landskap dan pembeli perkhidmatan mereka untuk bekerja rapat untuk menyemak keperluan tenaga manusia semasa dan proses pekerjaan secara menyeluruh.



"Ini termasuk melihat bagaimana teknologi boleh digunakan untuk mencapai produktiviti lebih tinggi dan hasil perkhidmatan lebih baik serta bagaimana pekerja boleh dilatih untuk melaksanakan pekerjaan yang nilai tambahnya lebih tinggi," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >