Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Gaji median bulanan pekerja sosial meningkat kepada $3,600

Masagos: Ia berbanding $3,400 pada 2015 dan 2017
Aug 03, 2021 | 05:30 AM



GAJI median bulanan bagi pekerja sosial di peringkat kemasukan telah meningkat kepada $3,600 pada 2019, berbanding dengan $3,400 pada 2015 dan 2017.



Ini sekaligus adalah setara dengan gaji yang diperolehi oleh semua lulusan baru, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Beliau menambah, gaji min bulanan pekerja ini telah meningkat kepada $3,600 pada 2019, berbanding $3,500 pada 2015 dan 2017.



Perangkaan ini adalah berdasarkan tinjauan gaji dan tenaga kerja Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), yang mengumpul data gaji pekerja dalam agensi khidmat sosial pada 2015, 2017 dan 2019.



Encik Masagos menjawab soalan diajukan oleh Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) mengenai gaji permulaan bagi pekerja sosial dan sama ada MSF bermatlamat untuk menyarankan gaji lebih tinggi untuk mereka.



"MSF dan Majlis Khidmat Sosial Nasional (NCSS) adalah komited dalam membimbing sektor untuk membayar gaji yang kompetitif bagi semua karyawan khidmat sosial termasuk pekerja sosial," ujar Encik Masagos.



NCSS menerbitkan garis panduan gaji sektor bagi profesi dalam sektor khidmat sosial, jelasnya.



"Garis panduan ini dikemas kini setiap tahun bagi mengikuti perkembangan dalam pasaran yang bersaing dan pergerakan gaji umum," tambah Encik Masagos sambil menarik perhatian bahawa kebanyakan agensi khidmat sosial melaksanakan garis panduan itu.



Dalam soalan tambahannya, Encik Ng juga bertanya jika kementerian akan mengusulkan kenaikan gaji pekerja sosial dalam tahun kewangan seterusnya.



Menurut Encik Ng, walaupun beliau yakin golongan pekerja ini bukan bertugas semata-mata demi wang, tetapi gaji yang baik akan membantu dalam mengekalkan pekerja sosial.



"Boleh saya tanya apa lagi yang dilakukan MSF untuk mengekalkan pekerja sosial?" tanya Encik Ng.



Menjawab, Encik Masagos menekankan bahawa garis panduan gaji itu tidak hanya mengambil kira persaingan di antara agensi khidmat sosial tetapi juga persaingan untuk kakitangan yag berkelayakan beralih ke sektor lain.



"Maka itu, kita mahu memastikan gaji mereka adalah pada tahap yang sejajar dengan kemahiran dan persaingan pasaran," kata beliau.



Encik Masagos menjelaskan lagi bahawa kita tidak seharusnya campur tangan dengan kuasa pasaran kecuali ia benar-benar memberi kesan yang kurang baik kepada pekerja sosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >