Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji median pekerja setempat naik 2.1% bagi tahun ini

Dec 01, 2022 | 08:59 PM



WALAUPUN negara berdepan dengan inflasi lebih tinggi, pertumbuhan pendapatan median sebenar telah meningkat 2.1 peratus tahun ini berbanding 0.9 peratus pada tahun sebelumnya.


Peningkatan ini lebih kukuh buat pekerja bergaji rendah di persentil ke-20, yang menyaksikan pendapatan sebenar mereka – merujuk kepada pertumbuhan pendapatan yang diselaraskan bagi inflasi – tumbuh sebanyak 4.8 peratus, iaitu lebih cepat berbanding tahun sebelumnya dan sebelum Covid-19.


Ini bermakna jurang pendapatan antara kumpulan pekerja ini dengan pekerja di persentil ke-50 telah berkurangan, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM), yang berkongsi dapatan daripada kenyataan awal tenaga kerja tahun ini.


Laporan tersebut berasaskan data daripada Tinjauan Tenaga Kerja Menyeluruh (CLFS) pertengahan tahun, melibatkan warga Singapura dan penduduk tetap.


Jurang yang semakin kecil antara pendapatan pekerja di persentil ke-20 dan persentil ke-50 ini, menyaksikan nisbahnya meningkat ke 0.55 tahun ini, berbanding 0.53 tahun sebelumnya, lantas menjadikan ia nisbah tertinggi sejak 2004.


MOM telah mengaitkan pertumbuhan pendapatan pekerja bergaji rendah dengan inisiatif tiga hala seperti Model Gaji Progresif (PWM) yang bertujuan meningkatkan kedudukan pekerja bergaji rendah.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >