Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji merentas Asia Tenggara dijangka naik tahun depan: Kajian

Dec 09, 2022 | 03:42 PM



GAJI di seluruh Asia Tenggara dijangka meningkat pada 2023, dengan kenaikan gaji median diramalkan naik hampir 8 peratus di bahagian atas.


Satu kajian baru-baru ini daripada syarikat perkhidmatan kewangan Aon mendapati Vietnam dijangka mendahului rantau ini, dengan kenaikan gaji median sebanyak 7.9 peratus merentas semua industri tahun depan.


Aon meramalkan Indonesia dan Filipina akan menyaksikan kenaikan masing-masing sebanyak 6.8 peratus dan 6 peratus.


Malaysia dan Thailand diramalkan mengalami kenaikan gaji median sebanyak 5.1 peratus. Sementara itu, Singapura diramalkan mencatat kenaikan terendah di rantau ini pada 4.7 peratus.


Selain inflasi, tawaran dan permintaan dalam pasaran bakat Asean akan memacu kenaikan gaji, kata Aon pada Jumaat (9 Dis).


Kadar pengurangan yang tinggi di seluruh Asean memberi tekanan kepada firma untuk menggunakan gaji bagi menangani cabaran pengambilan dan pengekalan, tambah Aon.


Sektor runcit dijangka mencatat kenaikan gaji tertinggi pada 6.5 peratus, dengan sektor teknologi dan sains hayat mengikuti di belakang pada 6.1 peratus, dan institusi kewangan pada 5.9 peratus.


Kekurangan kemahiran digital yang berterusan di seluruh Asia Tenggara telah menyebabkan jumlah pampasan untuk peranan teknologi dan analisis data serta kenaikan gaji yang lebih tinggi. Ini berlaku sedang syarikat bersaing untuk mendorong inisiatif dan transformasi digital, kata Aon.


Kajian itu, yang dijalankan pada suku ketiga 2022, meninjau sekitar 700 syarikat di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam mengenai jangkaan perubahan gaji dan kadar pusing ganti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >