Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji minimum amah Filipina naik kepada $550 sebulan

Jan 21, 2016 | 08:57 AM



MAJIKAN terpaksa membayar sekurang-kurangnya $550 sebulan untuk menggajikan pembantu rumah Filipina, meningkat daripada $500 - kenaikan pertama dalam tiga tahun.


Ini datang tiga bulan selepas Kedutaan Indonesia di sini memberitahu ejen bahawa gaji minimum bagi pembantu rumah dari negara itu mestilah $550 sebulan, juga meningkat daripada $500.


Walaupun tidak ada pengumuman rasmi daripada pihak di Filipina, ejen pekerjaan di sini memberitahu akhbar The Straits Times bahawa kontrak pekerjaan yang dikemukakan di kedutaan itu minggu lalu ditolak kerana gajinya terlalu rendah.


Gaji minimum pembantu rumah yang ditetapkan oleh kerajaan Filipina ialah AS$400 sejak lebih satu dekad lalu.


Bagi mengelakkan turun naik kadar tukaran, Persatuan Agensi Pekerjaan (Singapura) (AEAS) mencapai perjanjian lebih tiga tahun lalu dengan Kedutaan Filipina di sini bahawa ia akan ditetapkan sebanyak $500 di sini, kata presiden persatuan itu, Cik K. Jayaprema, kepada akhbar tersebut.


Memandangkan dolar Amerika semakin kukuh - AS$400 kini bernilai kira-kira $575 - perubahan itu bukan tidak dijangka, kata beliau.


Terdapat kira-kira 70,000 pembantu rumah Filipina di sini, daripada sejumlah 227,100 pembantu rumah.


Hanya dua bulan lalu, kedutaan Filipina memperketat sekatan ke atas rakyatnya yang datang ke Singapura untuk bekerja sebagai pembantu rumah, apabila ia mula memproses hanya lima kontrak pekerjaan daripada setiap agensi pekerjaan setiap minggu.


Beberapa bulan sebelum itu, ia mengurangkan kepada separuh jumlah tempahan pekerjaan, iaitu bilangan pekerja yang boleh direkrut agensi pada satu-satu masa, yang diperuntukkan kepada setiap agensi pekerjaan.


Perubahan terkini boleh menyebabkan sedikit kelewatan untuk majikan menunggu kontrak pekerjaan mereka diluluskan, kata Cik Jayaprima. Sesetengah ejen perlu memohon semula untuk mendapatkan permit kerja dengan gaji baru dan menyiapkan semula dokumen lain, seperti bon keselamatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >