Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022

Gaji minimum mohon Pas Pekerjaan, Pas S baru akan dinaikkan

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



GAJI kelayakan minimum bagi pemohon Pas Pekerjaan (EP) baru akan dinaikkan daripada $4,500 kepada $5,000 mulai September ini.



Bagi pemohon EP baru dalam sektor khidmat kewangan, ia akan dinaikkan daripada $5,000 kepada $5,500.



Bagi permohonan untuk memperbaharui pas itu, perubahan ini akan dilaksana mulai September tahun depan untuk memberi perniagaan cukup masa bagi membuat penyesuaian.



Mengumumkan ini semalam, Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata pemerintah mempunyai rangka kerja dasar pekerja asing menyeluruh untuk memberi syarikat akses kepada tenaga manusia yang pelbagai.



Pemerintah juga terus menyemak dan menyesuaikan parameter dasar utama dalam rangka kerja itu, dengan langkah mengemas kini rangka kerja bagi pemegang EP antara perubahan yang akan dilaksananya.



"Pemegang EP seharusnya merupakan karyawan dan eksekutif kanan yang boleh menyumbang kepada ekonomi kita, mengasah kemahiran rakan kerja mereka dan mengukuhkan tenaga kerja kita.



"Bagi memastikan pemegang EP berkaliber, kami menyesuaikan gaji kelayakan minimum dari masa ke masa kerana jumlah gaji yang majikan bersedia bayar adalah petunjuk praktikal mutu pemegang EP itu.



"Kami ingin memastikan mutu pemegang EP yang memasuki negara ini dapat dibandingkan dengan satu pertiga terbaik tenaga kerja karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) tempatan," ujar Encik Wong.



Sementara itu, gaji kelayakan minimum bagi pemohon Pas S baru juga akan dinaikkan daripada $2,500 kepada $3,000 mulai September. Bagi sektor khidmat kewangan, ia ditetapkan $3,500.



Bagi permohonan memperbaharui pas itu, perubahan ini akan dilaksana mulai September tahun depan untuk memberi perniagaan cukup masa bagi membuat penyesuaian.



Untuk menangani aliran masuk pemegang Pas S ke negara ini dengan lebih baik, pemerintah juga akan menaikkan levi Tahap 1 secara bertahap daripada $330 sekarang kepada $650 menjelang 2025.



Encik Wong turut mengumumkan perubahan ke atas dasar Permit Kerja dalam sektor binaan dan proses bagi menggalak peningkatan produktiviti lebih besar dan menyokong lebih banyak huraian jimat tenaga manusia.



Ini akan membantu merubah sektor yang lebih bergantung pada pekerja asing, ujar beliau.



Had Maksimum Nisbah Tanggungan (DRC) akan dikurangkan daripada 1:7 kepada 1:5.



Rangka kerja Kelayakan Permit Kerja bagi Pekerja Sumber Bukan Tradisional dalam Sektor Binaan dan Proses juga akan digantikan dengan rangka kerja levi baru yang akan menggalak syarikat menyokong lebih banyak kerja di luar tapak kerja dan menggajikan lebih ramai pemegang Permit Kerja berkemahiran lebih tinggi.



Ini akan dilaksana mulai 1 Januari 2024 untuk memberi syarikat lebih banyak masa bagi membuat persiapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >