Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Gaji pekerja pendapatan rendah naik lebih tinggi 2009-2019: Zaqy

Skim pemerintah bantu pertingkat gaji, kurangi kesan Covid-19 ke atas mereka
Jul 07, 2021 | 05:30 AM



PELBAGAI skim pemerintah telah membantu meningkatkan gaji pekerja berpendapatan rendah sepanjang sedekad lalu, dan mengurangkan kesan pandemik Covid-19 terhadap golongan itu, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Dari 2009 hingga 2019, gaji sebenar pekerja warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura dalam kumpukan 20 peratus paling bawah meningkat 39 peratus, lebih tinggi daripada 33 peratus yang dinikmati pekerja dalam kumpulan median dan pertengahan.



Kenaikan gaji itu disokong oleh dasar seperti Workfare dan Model Gaji Progresif (PWM), yang membantu golongan bergaji rendah meningkatkan kemahiran mereka sambil meningkatkan produktiviti, menikmati pekerjaan lebih baik dan pendapatan lebih tinggi.



"Sedang kita melihat pertumbuhan kukuh pendapatan sebenar bagi mereka, ini tidak dilihat di kebanyakan negara OECD (Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi) lain," kata Encik Zaqy di Parlimen semalam.



Beliau memberi contoh pekerja dalam kumpulan 20 peratus paling bawah di Britain yang tidak melihat pertumbuhan gaji, manakala pekerja di Jepun dan Amerika Syarikat masing-masing melihat pertumbuhan 3 peratus dan 6 peratus dalam tempoh 10 tahun sama.



"Kita tidak harus mengambil ringan kemajuan kita," ujar Encik Zaqy.



Beliau berkata demikian semasa menjawab lebih 17 soalan Anggota Parlimen mengenai pekerja bergaji rendah, termasuk kesan pandemik Covid-19 ke atas mereka.



Encik Zaqy berkata pandemik ini sebenarnya mengakibatkan pendapatan golongan itu merosot kepada $2,340.



Namun, skim pemerintah seperti Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) dan Bayaran Khas Workfare (WSP) sekali pada 2020 telah membantu mengurangkan kesan daripada pandemik itu.



Setelah mengambil kira bayaran itu, gaji golongan berpendapatan 20 peratus paling bawah pada 2020 adalah sekitar sama dengan gaji pada 2019, iaitu sebelum pandemik Covid-19, kata Encik Zaqy.



Beliau juga berkata pemerintah akan menggandakan lagi usaha untuk memberi lebih sokongan kepada pekerja gaji rendah, khususnya semasa pandemik ini.



Perbincangan sedang dijalankan untuk melaksana PWM dalam perkhidmatan makanan, industri runcit dan pengurusan sisa, serta memperluas PWM untuk turut merangkumi pekerja pembersihan, keselamatan dan landskap yang digajikan secara langsung oleh syarikat.



Langkah itu akan meningkatkan bilangan pekerja di bawah PWM kepada 218,000, kata Encik Zaqy.



Selain itu, gaji pekerja rendah menerima tambahan gaji bulanan menerusi skim Daya Kerja (Workfare), yang bertujuan menggalak mereka bekerja secara tetap daripada bergantung pada langkah kebajikan, kata Encik Zaqy.



"Kajian menunjukkan bahawa Workfare telah membawa kepada kenaikan kadar pekerjaan, dengan kenaikan tertinggi dalam kalangan pekerja lebih berusia," katanya.



Sejak Workfare diperkenal pada 2007, hampir sejuta pekerja bergaji rendah telah menerima bayaran hampir $7.8 bilion, ujar Encik Zaqy.




LEBIH BAIK DARIPADA DI KEBANYAKAN NEGARA MAJU



"Sedang kita melihat pertumbuhan kukuh pendapatan sebenar bagi mereka (pekerja bergaji rendah di Singapura), ini tidak dilihat di kebanyakan negara OECD (Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi) lain... Kita tidak harus mengambil ringan kemajuan kita."
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >