Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Gaji perlu berkembang lebih pantas daripada perbelanjaan

Mar 02, 2022 | 06:16 AM



UNTUK memastikan warga Singapura dapat mengimbangi kos kehidupan yang semakin tinggi dalam jangka masa panjang, Anggota Parlimen (AP) Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) berkata pendapatan perlu berkembang lebih pantas daripada perbelanjaan di setiap peringkat tenaga kerja.



Menurutnya, meskipun Model Gaji Progresif (PWM) diperluas untuk membantu pekerja berpendapatan rendah, memastikan daya saing ekonomi dipertingkat adalah penting untuk menentukan pekerjaan yang baik dapat terus diwujudkan dan dikekalkan bagi tenaga kerja secara menyeluruh.



Dalam ucapan perbahasannya mengenai Belanjawan 2022 di Parlimen semalam, Cik Mariam mengongsi keprihatinannya tentang kos kehidupan yang kian meningkat dengan menukil contoh perbelanjaan yang perlu ditampung sebuah keluarga lima anggota.



Beliau berkata perbelanjaan bulanan keluarga itu telah meningkat sepanjang beberapa bulan lalu bagi bil elektrik dan petrol.



Atas dasar itu, Cik Mariam ingin mengetahui daripada pemerintah apakah tanggapan berhubung trend inflasi yang dibuat dalam menawarkan pakej sokongan isi rumah bernilai $560 juta dan sama ada lebih banyak sokongan akan diberikan kepada mereka yang berpendapatan pertengahan, yang tidak dapat meraih manfaat daripada Comcare.



Dalam pada itu, Cik Mariam menggariskan tiga strategi yang berlandaskan nilai demi pembangunan negara.



Bagi strategi ekonomi, beliau menyarankan agar pemerintah secara proaktif menarik dan memupuk syarikat 'Beyond Great' seperti Microsoft untuk bertapak di Singapura.



Ini kerana, menurutnya, syarikat sedemikian menawarkan pekerjaan dan peluang bagi kombinasi kemahiran yang ada di sini, selain memupuk kepakaran setempat serta membolehkan syarikat kecil dan sederhana mengambil bahagian dalam rantaian nilai serantau dan global.



Namun untuk memenuhi keperluan syarikat sedemikian, tenaga kerja negara bukan sahaja perlu berkemahiran tinggi tetapi juga mempunyai minda digital.



"Kita perlu terus mempercepat usaha mempertingkatkan semula kemahiran teanga kerja bagi masa depan yang lebih digital dan mampan.



"Untuk jangka masa panjang, kita juga perlu menyemak semula sistem pendidikan secara menyeluruh untuk memastikan pembelajaran pada masa dan konteks yang tepat dalam perjalanan pembelajaran peribadi seseorang," ujarnya.



Daripada segi strategi sosial pula, Cik Mariam menyarankan agar dividen pertumbuhan tetap dilaksanakan.



Ia perlu mempunyai kaitan dengan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) atau lebihan belanjawan dengan bayaran berbeza bergantung pada pendapatan, dalam bentuk wang tunai dan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



Menerusi usaha sedemikian, Cik Mariam berkata ia akan dapat memberikan setiap warga Singapura taruhan tambahan dalam kemajuan ekonomi negara.



Strategi yang terakhir adalah mencorak nilai dengan membangunkan budaya negara yang positif menerusi tiga nilai utama seperti empati, saling menghormati dan aspirasi.



Namun, beliau menegaskan untuk memupuk nilai sedemikian ia pelu bermula daripada peringkat awal kehidupan seseorang dan disebarkan dengan meluas kepada masyarakat.



Dalam ucapan Bahasa Melayu pula, Cik Mariam akur akan ketidakpuasaan sesetengah lapisan masyarakat berhubung kenaikan GST tetapi beliau yakin dengan pakej sokongan, sebahagian besar masyarakat tidak akan terjejas oleh kenaikan tersebut sehingga 5 atau 10 tahun atau lebih dari sekarang.



"Saya akur terdapat kebimbangan tentang kos kehidupan yang tinggi. Saya berharap pemerintah akan bergerak pantas untuk menyokong rakyat Singapura lebih-lebih lagi jika kos yang tinggi berterusan," tambahnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >