Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR PELAN KERJA JAGAAN MASYARAKAT AIC

Gaji sektor jagaan masyarakat perlu berdaya saing

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



SEKTOR jagaan masyarakat perlu mengekalkan dan menarik kakitangan baru sedang ia berhadapan dengan isu tenaga manusia, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Berucap semasa Seminar Pelan Kerja Jagaan Masyarakat tahunan Agensi bagi Jagaan Bersepadu (AIC), Encik Ong menekankan gaji yang ditawarkan perlu berdaya saing.



Latihan Peningkatan Gaji Jagaan Masyarakat MOH telah memberikan komitmen sekitar $290 juta untuk meningkatkan gaji kakitangan pertubuhan jagaan masyarakat dari 2020 hingga 2023.



Ini bagi memastikan gaji mereka kekal berdaya saing berbanding sektor jagaan kesihatan awam dan pasaran, kata Encik Ong.



Menurut Encik Ong, Kementerian Kesihatan (MOH) dan AIC akan terus melabur dalam pembangunan kemahiran tenaga kerja sektor itu.



Bahkan institut pembelajaran AIC telah mempertingkatkan tawaran mereka, dengan lebih 18,000 tempat latihan yang sedia ada setiap tahun.



MOH juga sedang berusaha untuk menjalankan transformasi terhadap peranan sedia ada dengan mereka semula pekerjaan bagi tenaga kerja dan pendigitalan bukan perubatan demi meningkatkan produktiviti serta nilai pekerjaan.



MOH sedang melaksanakan Pelan Transformasi Digital Jagaan Masyarakat untuk membantu menghapuskan tugasan yang berulang dan bersifat pentadbiran, kata Encik Ong.



Menurut beliau, Singapura juga perlu bergantung kepada pekerja jagaan kesihatan asing yang dapat membantu melengkapi tenaga kerja tempatan.



"Saya amat percaya dengan penggunaan teknologi dan kesihatan digital untuk memperbaiki jagaan perlindungan tetapi jagaan masyarakat merupakan satu sektor yang banyak menggunakan elemen sentuhan.



"Justeru terdapat keterbatasan dalam penggantian tenaga manusia fizikal kepada teknologi dan huraian digital," kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >