Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji wanita di S’pura kurang 9% berbanding gaji lelaki

Jan 19, 2019 | 07:30 PM



Pekerja wanita di Singapura masih menerima gaji lebih rendah berbanding pekerja lelaki, walau  topik kesaksamaan antara jantina kian dibincangkan.



Malah, bagi sebahagian pekerjaan, jurang gaji median antara kededua jantina adalah antara 35 dengan 50 peratus, pada Jun 2017, berdasar perangkaan rasmi terkini dari Kementerian Tenaga Manusia.



Secara keseluruhan, gaji bulanan median seorang wanita yang bekerja sepenuh masa adalah 9 peratus atau $410 lebih rendah berbanding pekerja lelaki sepenuh masa.



“Walau garis panduan pekerjaan adil menyatakan pekerja perlu dibayar gaji yang sama tanpa menghiraukan kaum, jantina atau usia, adalah realiti, perjalanan masih ada untuk mencapai matlamat itu, “ kata Presiden Institut Sumber Manusia Singapura Encik Erman Tan.



MOM, bulan lalu, menerbitkan kiraan mengenai perbezaan gaji median dalam sekitar 130 pekerjaan. Pekerjaan yang membayar gaji tinggi, dan menunjukkan jurang perbezaan gaji paling besar adalah pengamal perubatan pakar. Gaji doktor wanita 49.7 peratus lebih rendah berbanding gaji doktor lelaki di peringkat median.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >