Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Galak lebih ramai keluarga Melayu ambil anak titipan

Sep 23, 2019 | 05:30 AM



LEBIH ramai keluarga Melayu digalakkan agar mengambil anak titipan supaya lebih ramai lagi anak-anak seperti itu dapat membesar dalam suasana keluarga yang positif.



Demikian gesaan yang dibuat Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dalam Seminar Skim Keluarga Titipan, semalam.



"Setiap orang mempunyai peranan dalam memperluaskan jagaan titipan. Terdapat ramai lagi anak-anak yang berpeluang untuk membesar dalam suasana keluarga yang positif.



"Untuk menjadikan ini suatu kenyataan, kami ingin lebih ramai keluarga untuk memohon menjadi ibu bapa titipan," kata Dr Faishal ketika berucap di seminar yang diadakan Our Tampines Hub itu.



Meskipun akur bahawa menjadi ibu bapa titipan bukanlah satu yang mudah, Dr Faishal berkata ini kerana "anak-anak yang pernah didera atau diabaikan mungkin menunjukkan tingkah laku berkaitan trauma yang pernah mereka lalui."



Namun pemerintah akan terus memberi sokongan kepada ibu bapa titipan dalam usaha mereka menjaga anak-anak tersebut.



Dr Faishal memberi contoh usaha pemerintah meminda Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (CYPA) awal bulan ini.



Dalam pindaan itu, manfaat cuti jagaan anak diluaskan kepada ibu bapa titipan.



Langkah yang dijangka dilaksanakan pada suku pertama tahun depan mengizinkan ibu bapa mengambil cuti jagaan anak daripada perlu menggunakan cuti tahunan untuk menjaga anak-anak titipan mereka.



Seminar anjuran BH/BM itu, dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), mengetengahkan penceramah utama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Safinah Institute, Ustaz Tarmizi Wahid.



Ustaz Tarmizi berkata sumbangan ibu bapa titipan bukan sahaja akan memberi kesan dalam diri anak yang dititip itu tetapi juga masyarakat secara umumnya.



"Anda membentuk seorang anak, anak itu boleh mempengaruhi seluruh masyarakat.



"Kalau dia menjadi seorang ayah yang baik, seorang ibu yang baik pada masa depan nanti kerana apa yang anda berikan pada mereka waktu kecil itu, anda sebenarnya telah memberikan pengaruh yang kuat dalam membentuk keperibadian mereka.



"Kita semua mahu berkembang bersama sebagai satu masyarakat jadi kita harus berusaha bersama, bantu membantu," katanya.



Pasangan suami isteri, Cik Halimaton Abdullah dan Encik Khairul Amin Zakaria, yang telah menyertai skim tersebut, juga telah berkongsi pengalaman di seminar itu.



Pengurus Perkhidmatan Keluarga Titipan, Cik Norhairaha Mohd Taha, turut menyertai panelis bagi memberi pencerahan mengenai skim tersebut.



Seminar tersebut dihadiri sekitar 100 orang.



Antara yang hadir ialah pasangan Cik Kamalia Katne, 36 tahun, dan Encik Romie Siam, 45 tahun, yang sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga tetapi belum dikurniakan cahaya mata.



"Cuma kami berdua... dan kami ingin kehadiran seorang anak supaya kami dapat kongsi kasih bersama. Ini juga cara untuk kami sumbang kepada masyarakat," ujar Cik Kamalia, seorang jurulatih pengemasan.



Encik Romie yang bekerja dalam sektor keselamatan, menambah bahawa seminar itu turut mempertingkat lagi pengetahuan dan kemahuan mereka untuk menyertai Skim Keluarga Titipan.



"Langkah kami selanjutnya ialah untuk mendaftarkan diri sebagai ibu bapa titipan," kata Cik Kamalia.




"Setiap orang mempunyai peranan dalam memperluaskan jagaan titipan. Terdapat ramai lagi anak-anak yang berpeluang untuk membesar dalam suasana keluarga yang positif.

"Untuk menjadikan ini suatu kenyataan, kami ingin lebih ramai keluarga untuk memohon menjadi ibu bapa titipan."

- Dr Faishal




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >