Galak lebih ramai keluarga membaca
*Mendaki lancar kempen sepanjang Ramadan bertema 'Raikan Ilmu' *Yaacob sebar mesej penting timba ilmu
Jun 05, 2016 | 05:30 AM
YAYASAN Mendaki semalam melancarkan kempen sepanjang bulan Ramadan demi menggalakkan lebih ramai keluarga Melayu/Islam membaca.
Di majlis pelancaran Kempen Ramadan 2016 yang bertema 'Raikan Ilmu' itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, mengunjungi tiga keluarga kurang berkemampuan untuk menyebarkan mesej tentang pentingnya menimba ilmu.