Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Galak Melayu amal makanan sihat semasa Ramadan, Hari Raya

Jun 04, 2019 | 05:30 AM



LEMBAGA Penggalakan Kesihatan (HPB) kini bekerjasama dengan lebih 30 rakan masyarakat, termasuk masjid, kumpulan qaryah dan pembuat minuman lebih sihat, dalam usaha menggalak masyarakat Melayu mengamalkan pemakanan lebih sihat semasa Ramadan dan Hari Raya ini.



Agensi itu bekerjasama dengan syarikat pembuat minuman seperti Coca-Cola dan F&N, juga pasar raya seperti FairPrice, Sheng Siong dan Giant untuk menganjurkan inisiatif mendekati masyarakat semasa tiga hujung minggu semasa Ramadan.



Di bawah inisiatif itu, mereka yang membeli sekurang-kurangnya satu minuman lebih sihat di 11 pasar raya yang mengambil bahagian dalam usaha itu akan mendapat peluang memenangi hadiah di reruai "Kita Dah Cukup Manis".



Sejauh ini, lebih 1,500 orang telah memenangi hadiah seperti jag air, minuman lebih sihat dan sampul duit Raya.



Dalam pada itu, lebih 1,900 kilogram beras perang telah diagihkan kepada 21 masjid serata negara - empat kali lebih banyak berbanding jumlah yang diagihkan pada tahun lalu.



Lebih 56,000 cawan minuman kurang gula, seperti teh ais limau dan roselle, juga telah diagihkan kepada 11 kumpulan qaryah di Choa Chu Kang, Tampines, Woodlands, serta masjid-masjid tersebut bagi berbuka puasa.



Selain itu, HPB juga mempunyai gerai di bazar Geylang Serai dan Woodlands di mana orang ramai boleh mendapatkan maklumat tentang bagaimana mengurangkan pengambilan gula dan membuat pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat.



HPB dalam kenyataannya berkata inisiatif tersebut melengkapi kempen pendidikan awam Ramadan dan Hari Raya mereka.



Menerusi mesej 'Kita Dah Cukup Manis, Kurangkan OK?', kempen itu menggalak masyarakat Melayu mengamalkan pemakanan lebih sihat dan mengurangkan minuman manis semasa Ramadan dan Hari Raya.



Ini memandangkan banyak minuman manis dan bergula, seperti air khatira dan air bandung, sering disajikan kepada keluarga dan rakan sempena musim perayaan itu.



Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, yang turun padang mendekati orang ramai bagi menyebarkan mesej kempen itu di pasar raya FairPrice di Our Tampines Hub 1 Jun lalu, berkata beliau gembira usaha tersebut mendapat sokongan baik daripada masyarakat dan lebih ramai orang kini lebih sedar tentang kepentingan pemakanan sihat.



"Melalui perbualan saya dengan mereka, saya rasa kesedaran itu semakin meningkat. Lebih pilihan sayur-sayuran dan sebagainya. Ada yang bertanya 'Ini lebih sihatkan? Lihat Milo yang saya beli ini kurang gula'.



"Saya rasa ini satu petanda yang baik dan saya ingin menggalak masyarakat kita supaya mengamalkan gaya hidup sihat dan mengajak keluarga dan rakan-rakan mereka, jiran-jiran mereka untuk sama-sama menjaga kesihatan," kata beliau, sambil menambah beliau berharap tabiat mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat itu dapat diteruskan di luar Ramadan dan Syawal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >