MENGGALAK pembentukan ruang hijau dan kemampanan makanan menerusi kebun-kebun masyarakat dan ladang atas bumbung komersial.
Itulah yang cuba dipupuk para Anggota Parlimen GRC Sembawang yang dipimpin Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (gambar, paling kiri), menerusi acara pasar petani yang diadakan buat julung-julung kali di kawasan tersebut sejak pandemik Covid-19.
Acara tersebut yang dihadiri sekitar 1,000 penduduk yang tiba pasa masa-masa berbeza turut dihadiri lain-lain AP kawasan undi itu; Cik Poh Li San, Encik Vikram Nair dan Dr Lim Wee Kiak.