Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Galak senaman sambil bantu golongan susah

Palang Merah anjur sesi kecergasan di alam maya sambil kumpul dana setiap Ahad selama empat minggu
Jul 17, 2021 | 05:30 AM



BAGI meningkatkan kesedaran mengenai kecergasan sambil mengumpul dana, Palang Merah Singapura (SRC) mengadakan satu siri sesi kecergasan setiap Ahad selama empat minggu secara maya.



Sesi kecergasan itu merangkumi pelbagai kelas kecergasan, seperti zumba, BollyBeats dan lain-lain.



Salah seorang instruktor sesi itu, Encik Muhammad Sidik Kamaruddin, yang juga pengurus projek di SRC, berkata:



"Memandangkan ramai orang bekerja dari rumah, tujuan utama kami, selain mengumpul dana, ialah mendorong lebih orang bersenam dan kekal aktif dengan selesa di rumah mereka sendiri."



Siri itu menyasarkan mengumpul $1,000, yang akan digunakan untuk membantu golongan memerlukan di bawah SRC.



Ia bermula secara tidak sengaja, kata Encik Muhammad Sidik, 33 tahun, yang menjadi instruktor zumba sejak Ogos lalu.



"Sebenarnya, saya pun tidak sangka ini berlaku. Ia bermula ketika saya mengendalikan kelas zumba bagi rakan kerja kerana mereka ingin tahu apakah itu zumba.



"Selepas sesi zumba itu, mereka mendapati senamannya sangat menyeronokkan. Daripada situ tercetus idea mengendalikan kelas bagi orang awam serta mengumpulkan dana," jelas beliau.



Sesi kecergasan itu dijayakan dengan bantuan tiga lagi instruktor - Cik Rafidah Sani, Encik Muhammad Izhar Abdul Rahim dan Encik Mohamed Fadzeel Abdul Rahman. Mereka turut serta secara sukarela bagi menyumbang kepada usaha baik itu.



Setiap sesi bermula pada 6 petang dan selama 45 minit, dengan bayaran $12. Sesi terakhir dijalankan esok dengan tema Bounce Dance Fit, yang akan diajar oleh ketiga-tiga instruktor lelaki.



"Kami gemar mengajar kelas kecergasan seperti ini. Ia membuat kami menyedari bahawa kami dapat berseronok sambil menyumbang kepada golongan lebih memerlukan dalam masyarakat kita," ujar Encik Muhammad Sidik.



"Kami sangat bersyukur ramai yang tampil untuk menderma. Walaupun ada orang tidak turut serta dalam kelas kecergasan tersebut, mereka tetap menderma dengan jumlah besar," tambahnya, sambil menambah bahawa jumlah yang disasarkan sudah hampir tercapai.



Tentang kelebihan mengadakan siri itu di alam maya, beliau berkata: "Oleh kerana ia diadakan dalam talian melalui Zoom, kami tidak perlu fikirkan tentang lokasi bagi menampung peserta.



"Kami mendapati beberapa peserta dari Malaysia yang juga aktif melakukan senaman zumba turut menyertai kami.



"Sejujurnya, saya rasa bahagia kerana usaha ini dapat menjangkau ke seberang negara dan ia memenuhi tujuan utama kami, iaitu mendorong lebih orang supaya kekal aktif."



Sesiapa yang berminat menyertai sesi itu dan menderma boleh ke laman redcross.sg/zumba2021 untuk mendaftar bagi sesi terakhir esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >