Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Galak warga baru sertai kerja-kerja kemasyarakatan

Jul 24, 2018 | 05:30 AM



SUDAH enam tahun beliau menjadi ketua dalam Pemimpin Integrasi dan Pewarganegaraan (INCs) di kawasanundi Paya Lebar.



Setiap tahun, Cik Rokiah Bee Mohamed, 51 tahun, serta ahli Jawatankuasa Peneraju Integrasi dan Pewarganegaraan bagi kawasanundi itu akan melakukan projek buat beberapa golongan di kawasan kejiranan mereka.



Akhir tahun lalu, jawatankuasa tersebut melakukan beberapa kegiatan bagi mendekati kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah serta keluarga mereka.



"Kami mengadakan kegiatan memasak, membaca, yoga bagi kanak-kanak dan banyak lagi.



"Selain itu, kami menjemput sukarelawan dari beberapa pertubuhan seperti Persatuan Pakistan Singapura dan Persatuan Wanita India bagi mengendalikan kegiatan-kegiatan tersebut," jelas Cik Rokiah.



Projek yang dinamakan Project Care and Share @ Paya Lebar, dianjurkan jawatankuasa berkenaan bagi kanak-kanak berumur antara 4-10 tahun.



Di samping itu, Cik Rokiah serta jawatankuasanya juga ingin melibatkan warga Singapura yang baru dalam projek tersebut.



"Beberapa warga Singapura yang baru terlibat dalam projek itu sebagai sukarelawan. Ada juga yang membawa anak-anak mereka bagi mencuba kegiatan yang diadakan," kata Cik Rokiah.



Beberapa kegiatan diadakan di Pusat Keluarga Shen Hong Hougang.



Projek tersebut dianjurkan sejak September tahun lalu dan masih dijalankan tahun ini.



"Kami bercadang mengadakan satu kegiatan yang mengajar kanak-kanak cara bagi mengitar semula barang-barang terpakai di rumah mereka," ujar Cik Rokiah.



"Kanak-kanak itu juga boleh mengajar apa yang dipelajari kepada ibu bapa mereka di rumah," tambah beliau.



Kegiatan tersebut dirancang berlaku pada September atau Oktober tahun ini.



Melalui projek yang diadakan Cik Rokiah serta jawatankuasanya menerima anugerah Outstanding IN Project (Platinum) di PA INClusive Awards and Appreciation Nite 2018.



Majlis anugerah tersebut diadakan 13 Julai lalu di Pusat Kebudayaan Cina Singapura (SCCC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >