SUSULAN BELANJAWAN 2015
Galak warga senja terus bekerja dan kembangkan simpanan
Feb 25, 2015 | 05:30 AM
PADA usia 66 tahun, Encik Waris Kerono masih giat mencari nafkah dan boleh menjangkakan lebih banyak sokongan daripada pemerintah bagi beliau untuk terus bekerja.
Malah, beliau, yang telah bekerja selama lebih 45 tahun, juga berpeluang mengembangkan lagi simpanan dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF).