Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Galas tugas untuk 'mahir dengar'

Jan 26, 2021 | 05:30 AM



ENGGAN bekerjasama dan melepaskan anaknya berusia lima tahun kepada pegawai sosial dari Khidmat Perlindungan Kanak-Kanak (CPS), lelaki itu berkeras tidak membuka pintu kepada polis di luar rumahnya.



Bagi menangani kes tersebut, Superintenden Rimyzad Abdul Hamid dikerahkan untuk berunding dengan lelaki itu di unitnya di Ghim Moh.



Hanya setelah kira-kira empat jam berunding menerusi tingkap rumah, bapa itu akhirnya bersetuju untuk melepaskan anaknya dalam keadaan selamat, dan menyerahkan diri kepada polis.



Menyifatkan kejadian yang berlaku tiga tahun lalu itu sebagai salah satu pengalaman yang paling menyentuh jiwa dan tidak dapat dilupakan, Supt Rimyzad berkata ia meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya memandangkan anaknya sendiri sebaya dengan budak lelaki tersebut ketika itu.



"Apabila saya sedang berbual dengan bapanya, budak lelaki itu di tepinya. Apa yang menyentuh saya adalah ekspresi mukanya...hanya melihat di sekelilingnya, sukar memahami apa yang sedang berlaku," jelas bapa tiga anak itu.



Menurut Supt Rimyzad, seluruh proses itu memerlukannya untuk meletakkan diri beliau dalam tempat si bapa itu.



Dalam pada itu, beliau akur terpaksa menjalankan rundingan itu tanpa diganggu emosi meskipun beliau risau tentang keselamatan budak itu dan tahu beliau perlu kekal fokus pada tugasnya.



"Banyak orang ingat bahawa perunding pandai berbual, tapi sebenarnya kita perlu pandai mendengar dahulu. Saya bukan di situ untuk memaksakan kehendak saya ke atas orang itu. Jika itu berlaku, saya tiada beza dengan orang lain yang cuba melakukan demikian. Ia penting untuk mendengar, berempati dengannya, untuk benar-benar memahami apa isu yang mereka hadapi, dan dari situ, anda boleh lihat bagaimana terbaik anda boleh bantunya," katanya lagi.



Berbekalkan bermacam-macam pengalaman selama 25 tahun, Supt Rimyzad, 46 tahun, dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Lama di Anugerah Hari Kebangsaan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) 2020.



Beliau yang merupakan pegawai komand di Pusat Polis Kejiranan (NPC) Bukit Batok, memegang lagi satu kedudukan sebagai salah seorang pemimpin di Unit Perundingan Krisis (CNU).



Ketika ditanya sama ada pernah menjangka dapat bertahan lama dalam Pasukan Polis Singapura (SPF), Supt Rimyzad berkata pekerjaan ini memang suatu yang diinginkannya sejak dulu.



Setelah tamat perkhidmatan negara (NS) pada 1995, Supt Rimyzad memutuskan untuk menyertai SPF.



"Saya amat untung kerana diberi banyak peluang dalam pasukan polis untuk berpindah ke pelbagai jabatan di SPF. Jadi itu membuatnya (pengalaman saya) terus segar dan menarik ...sebab itu masa berlalu dengan amat pantas," katanya lagi yang menambah perjalanannya masih lagi jauh.



Anugerah Hari Kebangsaan MHA merupakan pengiktirafan tahunan bagi pegawai Home Team atas sumbangan dan komitmen mereka untuk memastikan Singapura selamat dan terdapat 777 pegawai secara keseluruhan yang menerima anugerah.



Selain Anugerah Perkhidmatan Lama, kategori lain termasuk Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Pujian, dan Pingat Kecekapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >