Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Galeri baru penerima Pingat Budaya bakal dibentuk di Arts House

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Galeri baru penerima Pingat Budaya bakal dibentuk di Arts House

Mar 08, 2021 | 08:35 PM

SEBUAH galeri baru di ruang seni Arts House akan dikhususkan bagi penerima Pingat Budaya Singapura dengan satu simpanan digital nasional yang menyeluruh dibangunkan bagi mendokumentasikan sumbangan mereka.

Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, mengumumkan pembentukan galeri baru itu di Parlimen sewaktu perbahasan mengenai belanjawan kementeriannya pada Isnin (8 Mac).

Pingat Budaya adalah pengiktirafan kesenian tertinggi Singapura. Sekitar 128 penggiat seni sudah menerima pengiktirafan ini sejak ia diperkenalkan pada 1979.

Idea membangun galeri itu diusulkan selepas Majlis Seni Kebangsaan (NAC) merujuk kepada lebih 50 penerima Pingat Budaya mengenai apa lagi yang perlu dilakukan bagi lebih menyokong sektor seni dan budaya.

NAC akan bekerjasama dengan Lembaga Perpustkaan Negara bagi mewujudkan simpanan sumber digital.

"Ini akan memberikan warga Singapura pemahaman bernilai tentang sejarah budaya Singapura," kata Cik Low.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3