Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Galeri Syonan tidak lahirkan sokongan bagi Pendudukan Jepun: Yaacob

Feb 15, 2017 | 12:00 PM



PAMERAN baru Perang Dunia Kedua Arkib Negara Singapura (NAS) - Galeri Syonan: Perang dan Warisannya - tidak melahirkan sokongan bagi Pendudukan Jepun, kata Menteri Perhubungan dan Perangan, Dr Yaacob Ibrahim, di perasmian pameran itu pada Rabu (15 Feb).



Sebaliknya, ia "ingat apa yang nenek moyang kita lalui, memperingati generasi rakyat Singapura yang mengalami Penjajahan itu, dan mengukuhkan lagi komitmen bersama kita enggan membiarkan ini berlaku lagi", kata beliau.



Nama baru bagi pameran tetap di Bekas Kilang Ford di Upper Bukit Timah Road itu mencetuskan perbahasan minggu lalu, dengan beberapa orang menyifatkan perkataan 'Syonan' penuh dengan konotasi negatif.



Pada 1942, selepas penyerahan British, Jepun menamakan semula Singapura sebagai 'Syonan-to', yang bermaksud 'Cahaya Selatan'.



Tiga papan tanda utama telah diubah sedikit untuk mencerminkan nama penuh Galeri Syonan dengan tambahan 'Perang dan Warisannya' dan 'Sebuah Pameran di Bekas Kilang Ford'.



Pameran itu diubah suai sepanjang setahun lalu.



Dr Yaacob berkata nama 'Galeri Syonan' menimbulkan reaksi kuat dalam masyarakat dan ini difahami.



Beliau berkata ada rakyat Singapura yang lebih tua yang melalui tempoh gelap itu berasa nama tersebut mengesahkan pendudukan itu, sementara yang lain berkata Syonan sebuah fakta sejarah yang menyakitkan, dan "kita harus menyebutnya sebagaimana hakikatnya".



Beliau berkata reaksi itu mencerminkan kesan yang tidak boleh dilenyapkan Pendudukan Jepun selama tiga setengah tahun ke atas kehidupan mereka dan Singapura.



"Rakyat Singapura yang lebih muda tidak mempunyai pengalaman hidup yang tidak boleh dilenyapkan yang sama dengan ibu bapa dan datuk nenek mereka. Tetapi saya berharap galeri ini akan membolehkan mereka mengerti hidup yang dilalui semasa tempoh gelap itu, dan memberi inspirasi kepada kita semua untuk membina dan mempertahankan negara kita," katanya.



Beliau menambah bahawa tempoh Singapura dikanali sebagai Syonan adalah masa berpengaruh dalam sejarah negara ini dan galeri itu satu peringatan betapa berharga kedaulatan negara ini, sambil menarik perhatian semasa Pendudukan Jepun, Singapura kehilangan bukan kebebasan sahaja, bahkan namanya.



Bangunan Bekas Kilang Ford diwartakan sebagai monumen negara dan namanya masih tidak berubah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >