Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANCARAN KAMPUS BARU MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH

Galeri warisan rakam detik penting Madrasah Al-Arabiah

Nov 28, 2021 | 05:30 AM



GALERI warisan yang memaparkan sejarah Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) sejak awal pembentukannya telah dilancarkan sempena perasmian kampus baru madrasah itu semalam.



Ia memaparkan detik-detik penting yang dilalui madrasah tersebut sejak sejarah MAI bermula awal tahun 1930-an di Hillside Drive bersebelahan Masjid Hj Yusoff di Hougang dan mula beroperasi dengan sekitar 40 pelajar sahaja.



Antara detik penting itu termasuk kebakaran yang berlaku ekoran masalah wayar elektrik yang rosak, menyebabkan madrasah itu hangus pada 26 Julai 1982.



MAI membuka lembaran baru dengan penghijrahan ke bangunan baru pada 2 Januari lalu.



Kampus baru tersebut dirasmikan semalam oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Kini di kampus lima tingkat yang baru itu, pelajar dan kakitangan MAI dapat berbangga dengan kemudahan serta prasarana baru yang melengkapi kurikulum berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (Stem).



Antaranya termasuk makmal sains khusus bagi pembelajaran subjek Kimia, serta makmal sains khusus untuk pembelajaran Biologi, Fizik dan Stem.



Sebelum ini, di kampus lama hanya ada satu makmal sains sahaja yang dikongsi semua subjek Sains.



Selain itu, guru boleh memanfaatkan makmal pengajaran dan pembelajaran untuk mengaplikasikan pedagogi yang dapat meningkatkan mutu pembelajaran pelajar dengan lebih baik lagi.



Menyentuh tentang kampus baru itu, Pengetua MAI, Encik Herman Cher Ma'in, berkata: "Kami amat bertuah kerana mempunyai kampus yang lengkap dengan kemudahan terkini untuk menghadapi cabaran masa depan (dalam bidang teknologi).



Menurutnya, antara aspek penting kampus baru itu adalah makmal pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimanfaatkan guru-guru.



"Kami berpegang dengan pendapat bahawa setiap guru boleh jadi pengkaji, dan ini dapat dilakukan di makmal ini.



"Guru-guru boleh mengumpul data berkaitan pendekatan mereka dalam pengajaran dan dari situ memperbaiki cara mereka supaya setiap sesi pembelajaran lebih bermakna untuk pelajar."



Projek membina madrasah baru itu menelan belanja sekitar $17.5 juta yang merangkumi kos pembangunan sebanyak $12 juta dan kos tanah sebanyak $5.5 juta.



MAI adalah satu-satunya madrasah sepenuh masa di bawah JMS yang memberi tumpuan pada bidang pengajian akademik di peringkat menengah yang lengkap dengan subjek ukhrawi, termasuk Pengajian Al-Quran, Dirasat Deeniyyah, Pengajian Ugama Islam serta Islam dan Sains.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >