Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gali ilmu dalam kelas Perdaus demi tenang

Mar 26, 2019 | 05:30 AM



SETIAP kali beliau memadamkan e-mel yang diterima tentang kelas agama Perdaus, Cik Mariam akan terima e-mel serupa keesokan harinya.



Berkali-kali beliau melakukan hal yang sama dan akan mendapat 'respons' sama hingga timbul rasa ingin tahu dalam hati.



"Saya tanya kawan saya kenapa e-mel 'ni, setiap kali dipadamkan tapi tetap ada.



"Pada masa itu, saya rasa sudah tiba masa saya cuba pergi ke Perdaus," ujar Cik Mariam (bukan nama sebenar), 36 tahun.



Beliau singgah ke pejabat Perdaus di Bukit Batok dengan mengenakan kemeja-T dan seluar panjang serta serkup kepala sahaja.



Namun, beliau cukup tersentuh dan rasa beliau diterima dengan mesra oleh pegawai dan asatizah yang ada.



Pengalaman tersebut berlaku sekitar empat tahun lalu dan hingga kini, wanita yang belum berumah tangga itu masih menghadiri kursus dan kelas agama Perdaus.



Menjelaskan tentang keputusannya menyertai kelas agama ketika itu, beliau yang bekerja sambilan sebagai penghantar cermin mata berkata ia berlaku pada masa di mana beliau 'berperang' dengan kemurungan.



Beliau disahkan menghidapi gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) pada 2012 ekoran pengalaman pahit melibatkan anggota keluarga. Beliau mendapati dirinya sering menangis dan kemurungan.



Namun, beliau enggan mengulas episod hitam itu kerana tidak ingin mengaibkan keluarga.



Sejak menyertai Perdaus, beliau bermula dengan mempelajari iqra dan kini menyambung pelajaran dalam Al-Quran.



Pada masa sama, Cik Mariam juga melakukan tugas sukarela dengan mengemas kelas Perdaus Bukit Batok.



"Pada saya, perkara terbaik tentang Perdaus ialah asatizah dan orang di sini yang tidak menganggap peserta (kursus dan kelas) sebagai peserta semata-mata. Kami dianggap lebih daripada itu. Kami sudah seakan-akan keluarga. Setiap kali saya nak datang, saya rasa tak sabar," ujarnya.



Lama-kelamaan, setelah menjadi lebih selesa dengan gurunya' Ustazah Rahmah Bahari, Cik Mariam berani berkongsi masalah yang dihadapi.



Beliau berkata menghadiri kelas yang dijalankan di Perdaus banyak membantu dirinya.



"Apabila ustazah jalankan kelas, saya banyak menangis. Di rumah pun, kalau saya baca nota yang diberikan, saya akan menangis.



"Saya akan mesej ustazah dan beliau akan ingatkan saya agar mengingati Allah dan solat," katanya.



Pada masa sama, Cik Mariam tidak lepas memakan ubat yang diberikan doktor.



Beliau perlu mengambil lima jenis ubat buat masa ini dan menghadiri pemeriksaan setiap enam bulan.



Ditanya jika beliau mempunyai nasihat yang ingin dikongsi, Cik Mariam berkata:



"Antara cara menenangkan diri adalah mendekatkan diri kepada Allah swt. Bagi saya, itu cara berkesan. Selepas bersolat, saya akan rasa tenang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >