Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PERDAGANGAN DAN PERUSAHAAN

Gan: Inisiatif baru tarik bakat tempatan dalam sektor pengilangan

Mar 05, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA melancarkan inisiatif baru bagi menarik lebih ramai pekerja tempatan menyertai sektor pengilangan dan berusaha di bawah visi Pengilangan Singapura 2030, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.



Ia merupakan langkah bagi mencapai matlamat mengembangkan nilai tambah pengilangan sebanyak 50 peratus.



Visi Pengilangan Singapura merupakan antara strategi di bawah pelan Ekonomi Singapura 2030.



Bagi membangunkan modal insan dalam sektor itu, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) memperkenalkan Inisiatif Kerjaya M2030, untuk melatih lulusan politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Berucap semasa perbahasan belanjawan Jawatankuasa Perbekalan MTI di Parlimen semalam, Encik Gan berkata sektor pengilangan telah berkembang tahun lalu sebanyak 13.2 peratus dan menerima $8.5 bilion dalam Pelaburan Aset Tetap, sekali gus mewujudkan lebih 6,000 pekerjaan apabila projek itu tamat kelak.



Bagi terus memajukan matlamat Pengilangan 2030, pemerintah akan menggandakan usaha untuk mengembangkan kumpulan Pengilang Global Singapura yang amat inovatif dan boleh menawarkan menyampaikan tawaran ketara kepada pelanggan mereka.



"Agensi ekonomi kita akan menawarkan sokongan khusus bagi pengilang dengan potensi kukuh, bagi memperkukuh keupayaan dan meluaskan pendekatan mereka," ujarnya.



Selain itu, MTI juga sedang bekerjasama dengan individu berkepentingan industri, kesatuan dan akademik untuk memberikan perkembangan terkini terhadap Peta Transformasi Industri (ITM) bagi menangani trend dan peluang yang kian berkembang.



Ini termasuk pendigitalan, daya tahan, kemampanan, pekerjaan dan mempertingkat kemahiran pekerja sebagai ciri utama ITM 2025.



Menyentuh tentang Inisiatif Kerjaya M2030, Encik Gan berkata pemerintah akan bekerjasama dengan industri dan menyasarkan lulusan dari politeknik dan ITE, yang telah dilatih dengan kemahiran relevan industri.



Pemerintah juga akan bekerjasama dengan syarikat untuk menawarkan peluang bekerja sambil belajar tambahan yang berkualiti tinggi bagi pelajar ITE.



Sekurang-kurangnya 200 tempat kosong daripada 60 syarikat akan ditawarkan menjelang akhir tahun ini.



Selain itu, Encik Gan menambah pemerintah akan secara proaktif memperkukuh integrasi ekonomi serantau menerusi Asean dan platform lain.



Singapura memainkan peranan penting dalam Persetujuan Perdagangan Bebas (FTA) utama serantau seperti Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), yang merupakan FTA terbesar selain menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) tahun ini.



"Kita juga akan terus menyelaras perdagangan dengan membentuk peraturan dan menetapkan piawaian tertinggi dalam bidang yang semakin berkembang," ujarnya.



Ini akan dilaksanakan dengan merintis perjanjian baru mengenai Ekonomi Hijau dan Digital bersama rakan kongsi seperti United Kingdom, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan lain-lain.



"Adalah penting untuk membantu perusahaan kita terutama sekali syarikat kecil dan sederhana (SME) menggunakan dan memanfaatkan daripada FTA," tambah Encik Gan.




EMPAT TERAS UTAMA DI BAWAH EKONOMI SINGAPURA 2030



1) Merebut peluang pertumbuhan dalam sektor seperti pengilangan maju



2) Mempertingkat perdagangan dan memperkukuh ketersambungan kepada dunia



3) Membangunkan sistem eko bersama bagi perusahaan Singapura di bawah Strategi Perusahaan 2030



4) Membangunkan warga




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >