Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gan kini di AS dalam lawatan rasmi 4 hari

Dijangka tukar pandangan peluang perkukuh kerjasama dua hala: MTI
Oct 07, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong kini berada di Washington dan New York sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi empat hari beliau ke Amerika Syarikat mulai semalam.



Menerusi satu kenyataan, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) berkata lawatan yang akan berakhir Sabtu ini itu mengesahkan lagi hubungan ekonomi kukuh yang sudah lama terjalin antara Singapura dengan Amerika.



Sebelum ini, Encik Gan juga telah menghadiri satu mesyuarat menteri Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital (Depa) di Paris.



Pemimpin dari empat negara - Singapura, New Zealand, Chile dan Korea Selatan - telah bertemu untuk membincangkan persiapan menjelang Sidang Menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia Ke-12 yang akan berlangsung di Geneva dari 30 November hingga 3 Disember.



Encik Gan akan bertemu dengan beberapa pegawai pemerintah utama daripada pentadbiran Amerika semasa lawatan tersebut.



Mereka termasuk Setiausaha Perdagangan Gina Raimondo dan Wakil Perdagangan Amerika Katherine Tai di Washington.



"Mereka dijangka bertukar pandangan tentang peluang terus mengukuhkan kerjasama dua hala serta menggalak lebih banyak aliran pelaburan dan perdagangan menerusi kerjasama yang baru dan sedia ada," ujar MTI.



Encik Gan juga akan bertemu dengan perniagaan Amerika dan Singapura di sana.



Di Washington, beliau akan bertemu dengan masyarakat perniagaan Amerika menerusi acara anjuran Dewan Perdagangan Amerika serta Majlis Perniagaan Amerika-Asean.



Di New York pula, Encik Gan akan bertemu dengan syarikat Singapura yang mempunyai operasi di Amerika.



Mereka akan mengadakan perbincangan meja bundar tertutup yang dianjurkan oleh Enterprise Singapore.



"Singapura dan Amerika mempunyai hubungan ekonomi yang kukuh dan sudah lama terjalin," ujar MTI.



Tambahnya, Amerika merupakan rakan kerja perdagangan utama Singapura dalam bidang perkhidmatan, rakan kerja perdagangan ketiga terbesar bagi barangan dan pelabur asing langsung terbesar dengan saham pelaburan bernilai $428 bilion pada 2019.



Singapura juga merupakan rakan kerja perdagangan terbesar Amerika di Asean dan pelabur Asia kedua terbesar baginya.



Perjanjian Dagangan Bebas antara Singapura dengan Amerika (USSFTA) merupakan FTA pertama Amerika dengan sebuah negara Asia, dan ia menekankan hubungan ekonomi dua hala yang amat baik dan kian berkembang.



"Sejak perjanjian itu dilaksana pada 1 Januari 2004, perdagangan barangan dua hala telah meningkat lebih seganda.



"USSFTA terus merupakan perjanjian berprestasi tinggi yang menyokong hubungan pelaburan dan perdagangan kita serta membawa manfaat kepada kedua-dua negara," kata MTI dalam kenyataan mereka.



Tahun ini, Amerika dan Singapura meraikan ulang tahun hubungan diplomatik yang ke-55.



Dalam lawatan rasminya ke negara ini Ogos lalu, Naib Presiden Amerika Kamala Harris, bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong, turut mengumumkan bidang kerjasama baru dalam keselamatan siber, perubahan iklim dan ekonomi.



Dari segi ekonomi, kedua-dua negara sedang berusaha untuk melancarkan inisiatif baru di bawah Kerjasama Amerika Syarikat-Singapura bagi Pertumbuhan dan Inovasi.



Kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada ekonomi digital, teknologi tenaga dan sekitaran, perkilangan lanjutan dan penjagaan kesihatan.



Singapura dan Amerika juga akan melancarkan dialog peringkat tinggi untuk membincangkan cara memperkukuh daya tahan rantai bekalan.




"Sejak perjanjian Perjanjian Dagangan Bebas antara Singapura dengan Amerika (USSFTA) itu dilaksana pada 1 Januari 2004, perdagangan barangan dua hala telah meningkat lebih seganda.

USSFTA terus merupakan perjanjian berprestasi tinggi yang menyokong hubungan pelaburan dan perdagangan kita serta membawa manfaat kepada kedua-dua negara."

- Kementerian Perdagangan dan Perusahaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >