Gan: S'pura akan tingkat kapasiti ujian Covid-19, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

PARLIMEN

Gan: S'pura akan tingkat kapasiti ujian Covid-19

Pemerintah akan juga pastikan pekerja jagaan kesihatan menerima pengiktirafan sewajarnya
May 05, 2020 | 05:30 AM

SINGAPURA akan meningkatkan kapasiti ujian bagi Covid-19 kepada sebanyak 40,000 ujian sehari menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong di Parlimen semalam.

Buat masa ini, sebanyak 8,000 ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) dilakukan sehari, naik daripada 2,900 ujian sehari yang dilakukan pada awal April.

Encik Gan menjelaskan, penambahan jumlah ujian yang dilakukan akan memperluas ujian diagnostik bagi kes simptomatik, membolehkan penemuan kes secara aktif; dan pemeriksaan dan pengawasan dalam masyarakat serta di kalangan pekerja termasuk pekerja asing.

Membentangkan kenyataan menteri di parlimen semalam, Encik Gan menambah:

"Kami juga akan melakukan lebih banyak ujian dan pemantauan untuk melihat kes-kes asimptomatik (tiada simptom) dan prasimptomatik di kalangan kumpulan yang diberi keutamaan seperti penduduk dan kakitangan rumah jagaan orang tua untuk mengelakkan terbentuknya kelompok.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Ujian sangat penting kerana risiko jangkitan akan meningkat apabila kita membolehkan lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial disambung semula."

Menjawab pertanyaan Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) dan Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) mengenai ujian serologi yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti jangkitan koronavirus Covid-19, Encik Gan berkata ujian tersebut tidak boleh digunakan untuk diagnosis awal disebabkan jeda waktu.

"(Ujian) ini mengesan antibodi yang dihasilkan oleh tubuh untuk melawan virus dari sampel darah.

"Berdasarkan kajian tempatan kami, keberkesanan ujian sedemikian sangat rendah pada 10 hari pertama penyakit kerana memerlukan masa untuk sistem imun mengembangkan antibodi.

"Oleh itu, tidak seperti ujian PCR, ujian serologi berguna untuk menunjukkan jangkitan yang lalu, tetapi tidak dapat digunakan untuk diagnosis awal," ulasnya.

Pun begitu, Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) telah mula menggunakan ujian serologi untuk mengkaji tahap jangkitan di kalangan kumpulan berbeza, termasuk kakitangan kesihatan, mereka yang terdekat dengan pesakit Covid-19 dan orang awam.

Sementara itu, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leon Perera, bertanya sama ada ujian asimptomatik boleh dilakukan bagi semua anggota masyarakat.

Dalam jawapannya, Encik Gan berkata hal tersebut masih lagi dikaji.

Kata beliau, oleh kerana tidak ada jangkitan yang meluas dalam kalangan masyarakat, hasil daripada ujian tersebut, jika dilakukan, tidak akan mendatangkan hasil positif yang banyak apabila ujian dilakukan secara rambang.

"Ia juga mungkin perlu dilakukan berulang kali kerana ia tidak mencerminkan imuniti, dan mereka yang telah diuji mungkin dijangkiti setelah ujian tersebut dilakukan.

"Ini bukan cara terbaik menggunakan sumber ujian yang kita ada," kata Encik Gan.

Oleh yang demikian, ujian asimptomatik telah dilakukan secara selektif, bagi kumpulan yang diberi keutamaan, jelas beliau.

Ini termasuk kanak-kanak yang tinggal serumah dengan pesakit Covid-19, dan warga emas terutama mereka yang berada di rumah penjagaan orang-orang tua.

Dalam ucapannya di Parlimen semalam juga, Encik Gan menekankan peri penting menyokong kakitangan penjagaan kesihatan yang merupakan "teras perjuangan kami menentang wabak Covid-19".

"Dalam kita membina keupayaan dan kebolehan melakukan ujian, menjejak kontak dan mengukuhkan infrastruktur, kita memerlukan sokongan pekerja penjagaan kesihatan.

"Kita benar-benar menghargai pengorbanan mereka, waktu kerja yang panjang dan komitmen peribadi dan profesional mereka dalam menjaga setiap pesakit.

"Ini merupakan perjuangan yang panjang, dan kita mesti menyokong pekerja penjagaan kesihatan dan menjaga keperluan mereka," tegas Encik Gan.

Beliau memberi keyakinan kepada semua anggota Parlimen yang menanyakan tentang kesejahteraan kakitangan penjagaan kesihatan bahawa para pekerja ini akan dijaga sebaik mungkin.

"Kami akur sumbangan tidak ternilai pekerja kami, dan akan memastikan mereka terima pengiktirafan sewajarnya kerana tampil dalam tempoh mencabar ini," ujar Encik Gan.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan Dr Chia Shi-Lu (GRC Tanjong Pagar) yang bimbang akan jumlah jangkitan di kalangan pekerja penjagaan kesihatan, Encik Gan berkata terdapat sebanyak 66 kes melibatkan pekerja penjagaan kesihatan yang disahkan menghidap Covid-19 sehingga 26 April lalu.

Daripada jumlah tersebut, 46 kes melibatkan pekerja penjagaan kesihatan yang mempunyai hubungan langsung dengan pesakit Covid-19.

Namun, kecuali satu kes, berdasarkan siasatan setakat ini, tidak ada hubungan epidemiologi yang menunjukkan bahawa pekerja kesihatan ini dijangkiti semasa dalam tugas.

Di kalangan kes yang berkaitan pula, banyak merupakan kes import, penularan dalam rumah yang sama, atau yang berkaitan kelompok gereja, kata Encik Gan.

Beliau turut menjelaskan bahawa Kementerian Kesihatan (MOH) telah memberi kelonggaran kepada institusi kesihatan awam mengerahkan kakitangan mereka merentasi institusi untuk memenuhi keperluan operasi dan menyokong satu sama lain.

Ini memastikan isu kemampanan sistem penjagaan kesihatan di sini terjaga.


"Dalam kita membina keupayaan dan kebolehan melakukan ujian, menjejak kontak dan mengukuhkan infrastruktur, kita memerlukan sokongan pekerja penjagaan kesihatan.
Kita benar-benar menghargai pengorbanan mereka, waktu kerja yang panjang dan komitmen peribadi dan profesional mereka dalam menjaga setiap pesakit.
Ini merupakan perjuangan yang panjang, dan kita mesti menyokong pekerja penjagaan kesihatan dan menjaga keperluan mereka."

- Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, semasa membentangkan kenyataan menteri di parlimen semalam.


PERTANYAAN BEBERAPA ANGGOTA PARLIMEN

"Berapa ramai pekerja jagaan kesihatan telah dijangkiti dengan virus Covid-19 dan berapa ramai dalam kalangan mereka yang telah dijangkiti semasa menjalankan tugas?
Apakah juga antara langkah yang telah diketengahkan untuk menyokong pekerja jagaan kesihatan dan keluarga mereka sekiranya mereka jatuh sakit ekoran virus itu semasa melaksanakan tugas?"

- AP GRC Tanjong Pagar, Dr Chia Shi-Lu.

"Adakah pemerintah mempunyai rancangan untuk menjalankan ujian serologi secara meluas untuk mengesahkan sejauh mana penularan virus Covid-19 di Singapura dan mengenal pasti mereka yang imun terhadap jangkitan ini?"
- AP GRC Aljunied, Cik Sylvia Lim.


PERKARA UTAMA LAIN

* Jika jumlah kes masyarakat rendah dan kes pekerja asing di dormitori terkawal, pemerintah mungkin membuka lebih banyak tempat kerja.

* Tingkatkan jumlah ujian kepada 40,000 sehari menjelang hujung tahun daripada 8,000 sehari kini.

* Manfaatkan teknologi bagi penjejakan kontak lebih pantas.

* Sokong kakitangan penjagaan kesihatan.

* Teruskan usaha menggalak warga kekal amalkan gaya hidup sihat menerusi wadah yang kurang sumber intensif.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map