Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gangguan dron di Lapangan Terbang Changi: Bantuan SAF bukan penyelesaian jangka panjang, kata Ng Eng Hen

Jul 01, 2019 | 07:52 AM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) telah menghulurkan bantuan dalam insiden gangguan dron baru-baru ini di Lapangan Terbang Changi dan sedang bekerjasama rapat dengan polis untuk menangkap pengguna yang melakukan kesalahan itu, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.



Mengakui bahawa terdapat usaha seluruh pemerintah untuk menangani isu tersebut, Dr Ng berkata beliau gembira masyarakat pengguna dron setempat akur pengguna yang melakukan kesalahan harus dipertanggungjawabkan.



"Tiada perkara buruk yang telah berlaku dan tentunya kita tidak mahu sesuatu bencana berlaku dahulu sebelum kita bertindak.



"Oleh itu, kami bekerja rapat dengan polis dan apabila kami menangkap pengguna yang melakukan kesalahan, saya rasa satu isyarat yang tegas harus diberikan bahawa ini boleh mempunyai akibat yang buruk jika anda melakukan perkara seperti ini," ujar Dr Ng.



Pada 24 Jun lalu, aktiviti dron yang tidak dibenarkan serta cuaca buruk telah menunda sebanyak 15 penerbangan berlepas dan tiga penerbangan tiba di Singapura, sementara lagi tujuh penerbangan terpaksa dialihkan.



Menurut laporan The Straits Times, penggunaan dron secara haram juga menunda 37 penerbangan dan menjejas operasi salah satu dari dua landasan Changi antara 18 dengan 19 Jun lalu.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata siasatan sedang dijalankan.



Sementara itu, SAF telah mengerahkan asetnya bagi membantu usaha yang dipimpin CAAS, dan akan terus melakukan hal tersebut, kata Dr Ng.



"Tapi itu bukan penyelesaian jangka panjang. Ia juga bukan penyelesaian paling berkos rendah kerana... sistem SAF kami dibangunkan dengan spesifikasi untuk menangani lebih banyak lagi perkara," tambah beliau. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >