Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gangguan jalur fiber di utara timur Singapura pulih selepas 19 jam

Sep 29, 2019 | 02:06 PM



 





GANGGUAN perkhidmatan selama 19 jam, yang menjejas 3,000 khidmat  jalur lebar (broadband) fiber di utara timur Singapura, telah dipulihkan pada 11.07 pagi tadi (29 September), kata pengendali jalur lebar fiber NetLink Trust.



“NetLink Trust sedang menyiasat hal ini dan akan mengambil tindakan terhadap pihak tertentu,” menurut seorang jurucakap.



“Pasukan NetLink Trust bekerja rapat dengan pihak berkenaan untuk pastikan bahawa khidmat di kawasan terjejas pulih secepat mungkin. Individu di kawasan terjejas boleh menghubungi Pembekal Khidmat Internet masing-masing sekiranya ada pertanyaan lagi.”



Menurut The Straits Times (ST), gangguan itu yang dilaporkan pada 4.14 petang semalam (28 September), disebabkan kontraktor pihak ketiga yang memotong jalur fiber semasa membuat kerja cerucuk kepingan di Yio Chu Kang Road, kata NetLink Trust.



NetLink Trust telah mengesahkan bahawa kontraktor pihak ketiga itu tidak dilibatkan (engaged) oleh pengendali mahupun vendor mereka.



Jurucakap NetLink Trust berkata syarikat itu mengambil serius terhadap gangguan perkhidmatan yang disebabkan oleh kontraktor.



Di Facebook semalam, Singtel mengatakan bahawa segelintir pelanggannya di Punggol, Sengkang dan Jalan Kayu mengalami masalah dengan komunikasi data dan suara, jalur lebar fiber, Singtel TV dan khidmat digital rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >