Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gangguan khidmat digital bank DBS: Terus berlaku pada hari kedua

Nov 25, 2021 | 05:30 AM



MASALAH terhadap pelayan kawalan capaian Bank DBS telah menyebabkan gangguan selama dua hari kepada perkhidmatan perbankan digitalnya, termasuk perbankan dalam talian dan Paynow, kata pengurus negara DBS untuk Singapura, Encik Shee Tse Koon semalam.



Namun begitu, deposit tunai milik pelanggan DBS dan POSB masih selamat, dan transaksi masih boleh dibuat secara peribadi di cawangan bank atau melalui perbankan telefon, katanya dalam mesej video yang disiarkan di Facebook.



"Kami telah melanjutkan perkhidmatan perbankan di semua cawangan kami selama dua jam dan pengurus perhubungan dan pegawai perkhidmatan pelanggan pusat panggilan kami bersedia untuk membantu anda dengan permintaan perbankan anda yang mendesak," katanya.



"Kami memberi anda jaminan bahawa rakan sekerja saya dan saya akan melakukan semua yang kami mampu untuk memperbaiki keadaan."



Gangguan itu, yang pertama kali dilaporkan sekitar 10 pagi kelmarin, adalah yang paling teruk pernah DBS lalui dalam lebih sedekad.



Pada 2010, kegagalan sistem utama telah menjejas semua perkhidmatan perbankan pengguna dan perniagaan di DBS.



Pelanggan tidak dapat mengeluarkan wang tunai daripada ATM atau membuat pembayaran tempat jualan selama sekitar tujuh jam.



Encik Shee pada turut memohon maaf atas gangguan itu dan berkata DBS telah bekerja sepanjang masa dengan penyedia kejuruteraan pihak ketiga untuk menyelesaikan masalah itu.



Pelayan kawalan capaian adalah sebahagian daripada sistem keselamatan bank.



Ia mengendalikan kedua-dua log masuk dan pengesahan pembayaran menggunakan cara seperti biometrik, token pengesahan dan kata laluan sekali.



DBS berkata semua perkhidmatan perbankan digitalnya telah dipulihkan setakat 2 pagi semalam, namun gangguan yang sama berulang lagi.



"Saya tahu bahawa ramai di antara anda telah menghadapi kesukaran untuk mengakses perkhidmatan perbankan digital kami.



"Saya sedar bahawa ini adalah punca kebimbangan dan kekecewaan dan saya amat kesal atas kesulitan dan kebimbangan yang timbul," kata Encik Shee.



"Kami akur betapa teruknya masalah ini dan semasa kami berusaha untuk menyelesaikan perkara, kami memohon kesabaran dan kefahaman anda."



Sehingga 5 petang semalam, pengguna berkata beberapa fungsi seperti mengeluar wang menerusi ATM, pembayaran kad dan DBS PayLah! Kembali berfungsi, tetapi laman dan aplikasi mudah alih DBS masih tidak boleh diakses.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >