Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gangguan pada penjana kuasa Sembcorp dan Senoko punca bekalan elektrik terputus

Sep 19, 2018 | 04:23 PM



BEKALAN elektrik terputus yang menjejas beberapa hampir 150,000 orang awal pagi semalam (18 September) berpunca daripada gangguan yang dialami unit penjana kuasa Sembcorp Cogen dan Senoko Energy.



Menerusi kenyataannya hari ini, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) berkata mereka sedang bekerjasama dengan dua syarikat penjanaan kuasa itu serta pembekal peralatan mereka untuk menentukan punca gangguan itu.



Menurut EMA, siasatan awal menunjukkan bahawa salah satu unit penjana kuasa di Sembcorp mengalami gangguan dahulu.



“Kestabilan sistem kuasa memerlukan bekalan elektrik memenuhi permintaan elektrik secara tetap.



“Apabila unit penjana kuasa alami gangguan, unit lain yang masih beroperasi akan meningkatkan bekalan elektrik mereka secara automatik,” kata EMA.



Selepas itu, salah satu unit penjana kuasa milik Senoko juga mengalami gangguan sedang jumlah elektrik yang dibekalkannya turut bertambah.



Akibatnya, bekalan elektrik yang dibekalkan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan.



Bagi memulihkan bekalan elektrik, EMA mengarahkan agar unit penjana kuasa lain termasuk unit yang tidak terjejas daripada Senoko dan YTL PowerSeraya memberi bekalan elektrik tambahan.



Hasilnya, keadaan kembali pulih seperti biasa sekitar 38 minit selepas bekalan elektrik terputus di 19 kawasan di negara ini pada 1.18 pagi semalam.



Menurut pengendali khidmat elektrik SP Group, kawasan yang terjejas termasuk Boon Lay, Choa Chu Kang, Clementi, Jurong, Pandan Loop, Aljunied, Geylang, Tanjong Rhu, Mountbatten, Kembangan, Bedok, East Coast, Ang Mo Kio, Bishan, Thomson, Mandai, Admiralty, Sembawang dan Woodlands.



EMA berkata siasatan masih dijalankan dan mereka akan mengkaji langkah tambahan yang boleh dilaksana untuk mengelak kejadian serupa daripada berlaku lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >