Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN GANGGUAN SEKSUAL LIBAT GOLONGAN USTAZAH

Gangguan seksual: Khidmat kaunseling dihulur kepada asatizah yang jadi mangsa

May 29, 2021 | 05:30 AM



KHIDMAT kaunseling akan dihulurkan kepada asatizah setempat yang menjadi mangsa gangguan seksual menyusuli tinjauan lucah yang diadakan ke atas mereka baru-baru ini.



Malah, satu kumpulan sokongan telah ditubuhkan menerusi syarikat Liyana Musfirah Network, untuk turut membantu wanita lain yang mengalami gangguan seksual di luar tinjauan tersebut.



Menurut pengasas syarikat itu, Ustazah Liyana Musfirah Anwar, yang juga merupakan salah satu mangsa tinjauan lucah itu, beliau bersama bantuan rakan asatizahnya telah mengumpulkan mangsa menerusi kumpulan WhatsApp kelmarin.



Terdiri daripada sekitar 20 orang, ia bukan hanya merangkumi asatizah setempat yang disenaraikan dalam tinjauan lucah itu, tetapi turut terdiri daripada bakal ustazah lain yang sedang menuntut pengajian agama yang mengalami gangguan seksual di luar tinjauan itu.



Menurut Ustazah Liyana, mereka semua merupakan warga Singapura yang telah menuntut pengajian agama di luar negara.



"Ramai bersyukur atas kumpulan sokongan itu kerana kami semua menghadapi keadaan sukar yang sama justeru kami dapat sama-sama berbincang. Ia kumpulan sokongan yang baik kerana kami semua saling menyokong, dan mencapai persetujuan apa yang patut dilakukan dan tidak dilakukan," ujar Ustazah Liyana ketika dihubungi Berita Harian (BH).



'Tinjauan' itu, yang diterbitkan di aplikasi media sosial MeWe, menyenaraikan 12 ustazah Singapura dan meminta pengguna aplikasi itu mengundi siapa yang ingin mereka pilih untuk dirogol beramai-ramai.



Pemeriksaan BH menunjukkan 'tinjauan' itu dimulakan oleh pengguna yang menggelar dirinya M.A dan dikongsi dalam kumpulan tertutup bernama 'Awek Tudung'.



Difahamkan bahawa kumpulan itu mempunyai lebih 79,000 anggota dari berbilang negara, termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia.



Sehingga pagi kelmarin, lebih 1,000 orang telah menyertai 'tinjauan' itu.



Melebihi kumpulan sokongan yang telah ditubuhkan, Ustazah Liyana berkata Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah saling membantu dalam menyediakan senarai ahli terapi dan kaunselor untuk bekerjasama dengan syarikatnya dalam menyokong mangsa.



"Saya meyakinkan mangsa jika mereka tidak selesa untuk menjalani terapi secara berkumpulan, mereka boleh memilih untuk terapi secara individu," katanya yang telah membuat laporan polis.



Sesi terapi akan bermula dalam beberapa hari akan datang.



Kelmarin, ramai yang telah tampil di media sosial untuk menyuarakan keprihatinan dan pendirian mereka.



Ini termasuk Presiden Halimah Yacob, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Muis, ahli politik, asatizah, dan pemimpin agama.



Menurut Ustazah Liyana, para mangsa masih amat terjejas dan takut dengan semua yang sedang berlaku memandangkan isu ini sudah menjadi besar.



Namun, sebagai seorang mangsa sendiri, Ustazah Liyana berkata beliau bersyukur atas sokongan yang telah dihulurkan dalam mengharungi masa yang sukar ini.



"Apabila saya membuat kumpulan sokongan itu...ia benar-benar membantu. Anda tidak rasa keseorangan," katanya lagi.



Ustazah Liyana turut menasihati wanita di luar sana yang mengalami gangguan seksual agar merujuk kepada orang yang mereka selesa meluahkan perasaan mereka bersama.



Beliau menambah:



"Bersuara tentang kejadian itu apabila anda bersedia, yakinlah bahawa saluran sokongan yang betul ada." - NUR HUMAIRA SAJAT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >