Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gangguan sistem imigresen, orang ramai perlu tunggu lebih lama

Mar 31, 2023 | 03:26 PM



ORANG ramai boleh menjangkakan perlu menunggu lebih lama di pusat pemeriksaan darat dan udara disebabkan gangguan kepada sistem imigresen.



Menerusi laman Facebook mereka pada pagi Jumaat (31 Mac), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata mereka kesal atas gangguan yang disebabkan kepada orang ramai dan meminta mereka memahami serta bersabar. 



Sekitar 2.30 petang Jumaat, ICA berkata penumpang di Lapangan Terbang Changi pula diarahkan untuk pergi ke kaunter yang dikendali pegawai bagi pemeriksaan imigresen kerana semua lorong keberangkatan automatik di kesemua empat terminal terjejas dek gangguan itu.



ICA berkata semua lorong automatik turut terjejas di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, namun tiada gangguan kepada pemeriksaan imigresen di pusat pemeriksaan laut.



"Kami telah memanggil balik pegawai yang tidak bertugas untuk memberikan sokongan tambahan supaya dapat menangani situasi ini serta memastikan undang-undang dan ketenteraman," ujar ICA.



Tambahnya, orang ramai di pusat pemeriksaan dinasihatkan untuk bekerjasama dengan pegawai dan mengambil kira masa tambahan bagi pemeriksaan imigresen.



Di laman Facebook dan Twitter mereka sekitar 12.30 tengah hari, Lapangan Terbang Changi berkata penumpang harus menjangkakan untuk menunggu lebih lama dan boleh mendapatkan bantuan daripada kakitangan mereka jika perlu.



Seorang jurucakap berkata mereka sedang membantu penumpang di terminalnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >