Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gangguan tailong, remaja wanita 15 tahun ditangkap

Jul 20, 2018 | 02:56 PM



SEORANG remaja wanita berusia 15 tahun ditangkap kerana didakwa terlibat dalam aktiviti gangguan tailong di kawasan timur dan timur laut Singapura. 



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, polis berkata bahawa mereka dimaklumkan mengenai beberapa kes gangguan tersebut di Bedok South, Tampines, Sengkang dan Lorong Lew Lian di Serangoon antara 6 dan 8 Julai.



Pagar unit kediaman di kawasan tersebut dilempar cat dan dirantai dengan kunci basikal. Nota pemiutang juga ditinggalkan. 



Pegawai dari Divisyen Polis Bedok berjaya mengenal pasti identiti remaja itu melalui pertanyaan kepada orang ramai dan dibantu kamera polis. 



Remaja itu ditangkap di Tampines Street 21. Telefon bimbitnya juga dirampas. 



Siasatan polis masih dijalankan. 



Pesalah yang terlibat dalam aktiviti gangguan tailong buat kali pertama mungkin didenda sehingga $50,000, penjara mandatori sehingga lima tahun dan sebat mandatori sehingga enam kali. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >