Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ganja bernilai $27,000 dirampas dari kereta M'sia di Tuas

Mar 04, 2020 | 11:39 AM



PIHAK berkuasa telah merampas enam bungkusan ganja bernilai $27,000 yang ditemui di dalam sebuah kereta berdaftar di Malaysia di pusat pemeriksaan Tuas pada Isnin (2 Mac).



Pemandu kereta itu, seorang warga Malaysia berusia 24 tahun, kemudian diberkas, dan kes itu sedang disiasat Biro Narkotik Pusat (CNB), kata CNB dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan bersama pada Selasa (3 Mac), lapor The Straits times.



Enam bungkusan ganja seberat 2.4 kilogram itu merupakan bekalan yang dianggarkan boleh memenuhi permintaan sekitar 340 penagih dadah, menurut kenyataan itu.



ICA berkata ia akan terus melaksanakan pemeriksaan kepada penumpang, kenderaan dan barang-barang yang ada di dalamnya kerana cara menyembunyikan dadah untuk menyeludupnya ke dalam negara juga boleh dilakukan untuk membawa masuk orang, senjata, bahan letupan atau benda-benda haram yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >