Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ganjaran wang buat SBS Transit bagi rel boleh dipercayai

Apr 01, 2021 | 07:00 PM



OPERATOR pengangkutan SBS Transit (SBST) telah dianugerahkan anggaran $30 juta bagi mencapai status rel yang boleh dipercayai tahun lalu - anugerah pertama yang diraih bagi kategori sebegini.



Dalam laporan tahunan terkininya, anak syarikat ComfortDelGro itu menyatakan ia telah menerima "insentif kebolehpercayaan rel".



Dalam ucapannya pengerusi SBST, Encik Lim Jit Poh, berkata hasil pengangkutan awam itu berkurangan sebanyak 13.6 peratus kepada $1.19 bilion tetapi ini "diimbangi oleh Insentif Kebolehpercayaan Rel".



SBST bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah insentif yang kurang diketahui itu tetapi dalam kenyataan pendapatan laporan tahunannya, syarikat itu berkata insentif prestasi daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi bas dan rel melibatkan sekitar 5 peratus hasil keseluruhan, satu peningkatan daripada 2 peratus pada 2019.



Berdasarkan hasil keseluruhan $1.23 bilion bagi tahun lalu, insentifnya mencecah sekitar $60 juta. Mengambil kira pecahan setara antara bas dan rel, insentif rel pertama SBST mencecah sekitar $30 juta.



Mengikut perangkaan LTA, operator  laluan Timur Laut dan Downtown itu mencatat jumlah kebolehpercayaan tertinggi tahun lalu dengan lebih dua juta perjalanan kereta api terakam bagi setiap kilometer dalam tempoh kereta api tertangguh selama lebih lima minit.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >