Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ganti kereta lama: Grab beri tempoh enam bulan lagi

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



PEMANDU platform khidmat kereta sewa privet Grab kini diberi masa sehingga 1 Mei untuk menggantikan kereta yang berusia 12 tahun atau lebih lama - satu lanjutan selama enam bulan berbanding tarikh lebih awal pada 1 November lalu.



Jurucakap Grab berkata syarikat pengendali itu memberikan lanjutan masa bagi kereta lebih lama digantikan "disebabkan cabaran berterusan dek pandemik", lapor The Straits Times.



Lanjutan selama enam bulan itu akan memberi pemandu Grab lebih banyak masa menukar kepada kereta yang berusia bawah 10 tahun, kata jurucakap itu.



Pada 2020, Grab mengumumkan bahawa pemandu sedia ada mereka boleh memandu hanya kereta yang berusia bawah 12 tahun mulai 1 November 2021.



Menjelang Julai ini, seluruh kumpulan keretanya mesti berusia bawah 10 tahun.



Pemandu baru di platform itu boleh mendaftarkan hanya kereta lebih baru.



Pemandu sedia ada Grab telah dimaklumkan tentang lanjutan tarikh akhir itu pada Oktober lalu.



Mereka yang terus memandu kenderaan berusia 12 tahun atau lebih lama selepas tarikh akhir itu akan melihat akaun mereka dimatikan buat sementara waktu.



Ini akan menghalang mereka daripada menerima atau mendapat pekerjaan di platform itu.



Grab merupakan satu-satunya platform khidmat kereta sewa privet yang menetapkan usia maksimum kereta yang boleh digunakan pemandunya untuk menyediakan perkhidmatan.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) tidak mewajibkan usia maksimum bagi kenderaan sedemikian.



Bagaimanapun, ia memerlukan kereta yang digunakan bagi platform itu mencapai kadar kelulusan pemeriksaan pertama (FIPR) 90 peratus.



Kegagalan mematuhinya bererti kereta itu akan hilang Lesen Pengendali Khidmat Kereta Sewa Privet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >