Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gantung kerja binaan bagi kekang Covid-19 satu keseimbangan sukar: Josephine

Menteri beri penjelasan susuli pos media sosial, pesanan teks tersebar mengenai kekecewaan beberapa majikan
Apr 26, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA terpaksa membuat keputusan sukar dan menggantung semua pekerjaan di tapak binaan sebagai sebahagian langkah lebih ketat yang bermula Rabu lalu. Ini bagi membendung risiko koronavirus Covid-19 menular lebih meluas, kata Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo dalam satu pos Facebook semalam.



"Jika kami bertindak cepat, kami sedar ada sedikit masa untuk majikan membuat penyesuaian. Jika kami bertindak terlalu lambat, ada risiko penularan lebih meluas," katanya. "Ini keseimbangan sukar."



Penjelasan beliau dibuat berikutan pos media sosial dan pesanan teks yang tersebar sejak beberapa hari lalu mengenai kekecewaan beberapa majikan.



Langkah lebih ketat itu, yang bermula 22 April, bermakna pekerja asing tidak dibenarkan keluar dari semua dormitori bagi sebarang tujuan, termasuk pergi kerja. Langkah-langkah itu dilaksana ke atas semua syarikat, termasuk yang terdahulu telah memperoleh izin untuk beroperasi.



Notis duduk di rumah (SHN) diberikan kepada kesemua 180,000 permit kerja pembinaan dan pemegang Pass S serta tanggungan mereka.



"Tanpa notis itu, mereka masih boleh keluar. Apakah kita harus elakkan langkah ini? Apakah lebih banyak masa harus diberi? Kita tidak akan benar-benar tahu, tetapi masa tidak menyebelahi kita. Dengan keadaan begitu cepat dan luas penyebaran virus ini, apakah kita mampu menunggu? Jika ada sesuatu yang kita pelajari tentang virus ini, mengambil tindakan lebih segera mungkin lebih baik daripada kemudian," kata Cik Teo.



Langkah yang diperbaharui itu bertujuan membendung penyebaran Covid-19 dalam kalangan pekerja asing, yang paling teruk terjejas. Penemuan epidemiologi pekerja migran yang dijangkiti menunjukkan hubungan di tempat kerja menjadi punca penularan.



"Walaupun pekerja mereka tidak tinggal di dormitori, jangkitan silang di tempat kerja mungkin sudah berlaku," ujar Cik Teo.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) juga menggesa 24 peratus majikan yang masih membayar gaji secara tunai supaya mengelakkan sebarang kelewatan pembayaran, sekali gus mengelakkan pertikaian.



"Lebih penting lagi, kita harus meyakinkan pekerja dan tidak mengambil risiko mereka menjadi bimbang dan gelisah mengenai gaji," kata beliau.



"Pasukan saya memberitahu saya bahawa lebih 2,700 majikan baru-baru ini memohon akaun bank bagi kira-kira 35,000 pekerja asing. Saya sangat menghargai usaha mereka."



Ada juga perbincangan mengenai apakah pihak berkuasa seharusnya menguji pekerja asing lebih awal, bagi mengekang penyebaran Covid-19. Cik Teo menjelaskan MOM memberi nasihat pada Februari meminta majikan tidak menghantar pekerja sihat menjalani ujian. Ini dilakukan atas permintaan Kementerian Kesihatan.



"Kenapa? Kerana pada waktu itu, pekerja sihat pergi ke hospital berbondong-bondong untuk meminta menjalani ujian. Yang menjadi kebimbangan ialah apabila ribuan orang akan muncul dan ini akan mencemaskan pekerja kesihatan," jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >