Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Gara-gara bergurau dijangkiti Covid-19, pemuda dijatuhi hukuman probesen 9 bulan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Gara-gara bergurau dijangkiti Covid-19, pemuda dijatuhi hukuman probesen 9 bulan

Dec 15, 2021 | 05:30 AM

DENGAN niat bergurau dengan rakan-rakannya di media sosial, seorang remaja telah berbohong bahawa dia telah dijangkiti Covid-19 dan dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU).

Pembohongan Siew Hanlong itu mempunyai akibat serius hingga seorang kenalannya yang menjalani perkhidmatan negara (NS) waktu itu telah dihantar pulang dari Pulau Tekong untuk mengasingkan dirinya.

Tempat tidur pegawai NS itu juga telah dibersihkan sementara kenalan rapatnya juga diasingkan.

Ini telah mengganggu jadual latihan hari itu, lapor The Straits Times.

Siew, 19 tahun, semalam dijatuhkan hukuman probesen sembilan bulan setelah dia mengaku bersalah bulan lalu ke atas dua tuduhan menyampaikan mesej palsu di bawah Akta Kesalahan Lain (Ketenteraman dan Gangguan Awam).

Sebahagian daripada probesennya, remaja Singapura itu harus duduk di rumah dari 11 malam hingga 6 pagi setiap hari dan melakukan khidmat masyarakat selama 40 jam.

Ibu bapanya harus membayar ikat jamin $5,000 bagi memastikan dia berkelakuan baik.

Pada sekitar 1 pagi pada 23 Mei lalu, Siew menerbitkan gambar ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) yang positif yang didapatinya dalam talian, ke Instagram Stories dan menulis bahawa dia telah dijangkiti Covid-19.

Dia juga memuat naik gambarnya di atas katil hospital sambil berkata dia berada di ICU.

Siew telah menerbitkan pos itu semasa berada di rumah dan gambar itu diambil apabila dia dimasukkan ke hospital bagi insiden lain sebelum ini.

Dia memadam dua pos itu 15 minit kemudian tetapi tindakannya itu telah mendatangkan kesan yang buruk.

Seorang rakan Siew berusia 19 tahun yang sedang menjalani NS di Pulau Tekong, melihat rakan-rakannya membincangkan tentang pos Siew itu dalam satu kumpulan chat di WhatsApp.

Rakan Siew itu bimbang beliau mungkin dijangkiti kerana beliau baru sahaja menemui Siew sebelum itu.

Beliau cuba menghubungi Siew untuk mengesahkan pos itu tetapi tidak menerima jawapan.

Rakan Siew itu kemudian melaporkan bahawa beliau merupakan seorang kenalan rapat kes Covid-19 dan dihantar pulang untuk mengasingkan diri setelah mengambil ujian swab.

Apabila beliau sampai di rumah pada sekitar 11.15 pagi, Siew menjawab bahawa dia hanya bergurau menerusi pos di Instagram Stories itu.

Siew telah meminta maaf atas tindakannya.

Bagi setiap tuduhan di bawah Akta Kesalahan Lain (Ketenteraman dan Gangguan Awam), pesalah boleh dijel hingga tiga tahun dan didenda hingga $10,000.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3