Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gara-gara merompak $25, dua remaja mungkin dijel dan dirotan

Oct 15, 2015 | 04:37 PM



MEREKA merompak $25 sahaja dari seorang pemandu teksi.


Namun, tindakan tersebut membawa padah apabila mereka ditangkap dan kemungkinan menghadapi hukuman penjara dan rotan.


Polis berkata, pihaknya berjaya menangkap dua suspek remaja berusia 17 dan 19 tahun itu selepas mereka merompak pemandu teksi berusia 60 tahun itu, selain mencederakannya di Clementi Avenue 1, pagi hari ini, Khamis.


Mangsa kemudian membuat aduan mengenai kejadian itu sekitar 4.15 pagi.


Selepas merompak, dua remaja lelaki itu melarikan diri menuju ke Clementi Avenue 2, namun salah seorang berjaya dijejak dan ditangkap para pegawai Divisyen Clementi di kawasan tersebut sekitar 6.50 pagi.


Seorang lagi pula diberkas di rumahnya di Clementi Avenue 3 sekitar 9.15 pagi.


Semua wang yang dicuri juga ditemukan semula.


Kededua suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah esok dengan tuduhan melakukan rompakan dengan mencederakan.


Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara antara lima dengan 20 tahun, dan dirotan tidak kurang daripada 12 kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >