Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gara-gara pelanggan langgar undang-undang jarak selamat, orang ramai dilarang makan di medan selera Bishan Junction 8 hingga 13 Dis

Dec 06, 2021 | 06:03 PM



PENGUNJUNG ke pusat beli-belah Bishan Junction 8 tidak boleh makan bersama di medan selera Food Junction hingga Isnin depan (13 Disember).



Pilihan makan di lokasi jualan bagi medan selera itu digantung selama 10 hari mulai Sabtu (4 Disember) selepas beberapa kali pelanggan di situ melanggar langkah jarak selamat Covid-19, lapor akhbar Lianhe Zaobao.



Medan selera itu buat masa ini dibuka hanya dengan pilihan membawa pulang makanan ke rumah.



Apabila akhbar The Straits Times mengunjungi medan selera itu pada Isnin, ia sangat kosong walaupun pada waktu itu adalah masa makan tengah hari.



"Perniagaan sudah merosot banyak. Pelanggan datang untuk beli makanan untuk dibawa pulang sahaja. Apabila pelanggan tidak beri kerjasama, kami yang merana. Tak adil," jelas pengendali gerai yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Lee.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >